Harian Metro

Penternak culas

- Ahmad Rabiul Zulkifli am@hmetro.com.my

 Hawar berdarah merebak akibat buang bangkai haiwan dalam sungai

Sikap tidak bertanggun­gjawab segelintir penternak membuang bangkai ke dalam sungai antara faktor utama wabak Heamoragic Septicaemi­a (HS) atau hawar berdarah merebak dengan cepat di daerah ini dan Marang.

Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (JPV) negeri Dr Mohd Termizi Ghazali berkata, kawalan penyakit menjadi sukar apabila ada segelintir penternak yang mengambil jalan mudah seperti itu.

“Sepatutnya mereka menanam bangkai ternakan yang mati kerana HS sebagai langkah pencegahan penularan ke kawasan lain.

“Apabila bangkai ternakan berpenyaki­t dibuang ke dalam sungai, ia mencemarka­n sungai selain air yang mengalir sebagai sumber minuman ternakan itu menjadi punca merebaknya penyakit ini di kawasan lain.

“Penyakit ini berjangkit melalui hubungan terus di antara ternakan dijangkiti wabak dengan ternakan lain, selain melalui air minuman,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Mohd Termizi berkata, faktor pemindahan ternakan yang berpenyaki­t ke kawasan lain juga antara penyebab penularan penyakit HS itu.

“Rata-rata penternak menganggap pemindahan ternakan yang dijangkiti ke kawasan lain memulihkan ternakan mereka sedangkan tindakan itu memburukka­n keadaan.

“Ternakan yang menunjukka­n tanda klinikal dijangkiti sukar dirawat dan pemberian vaksin tidak lagi berkesan untuk pencegahan, malah boleh menyebabkn komplikasi lebih teruk,” katanya.

Menurutnya, ternakan perlu divaksin sebelum dijangkiti penyakit itu, selain pemberian antibiotik pada peringkat awal.

“Kami sarankan penternak mengurung ternakan di dalam kandang dan hindari ternakan daripada berkeliara­n ke kawasan yang berlaku penularan wabak itu,” katanya.

Sementara itu, penternak, Salleh Mat Ali, 63, dari Kampung Surau Haji Daud berharap penularan penyakit HS itu dapat ditangani segera sebelum ia merebak ke kawasan lain.

“Selain pemantauan dijalankan JPV, penternak perlu memberi kerjasama kepada jabatan dalam merawat dan menangani wabak berkenaan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? KAKITANGAN JPV menjalanka­n rawatan dan pemberian antibiotik dan vaksin mencegah penyakit HS.
KAKITANGAN JPV menjalanka­n rawatan dan pemberian antibiotik dan vaksin mencegah penyakit HS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia