Harian Metro

Limpahan 12,680 lampu jalan

- Muhammad Apendy Issahak apendy@hmetro.com.my

 Projek LJK liputi 24 kawasan beri manfaat kepada penduduk luar bandar

Perak kini dilimpahi cahaya dengan pemasangan 12,680 unit lampu jalan oleh kerajaan pusat menerusi Projek Lampu Jalan Kampung Fasa lapan (LJK8) dalam usaha memberi manfaat berterusan kepada penduduk luar bandar.

Lebih beruntung apabila LJK8 peringkat negeri Perak yang meliputi 24 kawasan Parlimen di negeri ini dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sempena program Jom Bantu Rakyat dan Ziarah Kasih Ramadan Al Mubarak Yayasan Tabung Haji Malaysia 2017 Parlimen Bukit Gantang di Taman Mewah Fasa 1, di sini, semalam.

Di Parlimen Bukit Gantang saja, 90 kampung disenaraik­an menerima limpahan cahaya projek LJK8 berkenaan selepas Najib turut melancarka­n projek sama di peringkat Negeri Sembilan dengan membabitka­n keseluruha­n 433 kampung, minggu lalu.

Dalam fasa satu hingga tujuh LJK, 300,000 unit lampu jalan kampung sudah dipasang di seluruh negara dengan kos RM150 juta dengan di Perak saja, 36,299 unit sudah dipasang.

Kerajaan menerusi Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah melaksanak­an projek pemasangan lampu jalan kampung sejak 2003 melalui program Bekalan Elektrik Luar Bandar dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai agensi pelaksana projek.

Najib dalam ucapan perasmiann­ya berkata, projek yang dijalankan di seluruh negara membabitka­n pemasangan sebanyak 422,133 lampu jalan kampung de- ngan peruntukan sebanyak RM250 juta.

Majlis pelancaran turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Seri Azman Mohd.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Ketua-Ketua Kampung Negeri Perak Hamdan Murad berkata, pihak TNB memang giat menambah bilangan lampu jalan yang sehingga kini sudah hampir 70 peratus kampung di negeri ini menerima kemudahan berkenaan sejak 2015.

“Selain memberikan perkhidmat­an terbaik dan pantas, TNB juga sangat mesra dan mudah didampingi masyarakat setempat, sekali gus memudahkan penduduk di kawasan kampung berurusan termasuk permohonan lampu jalan.

“Pihak TNB juga menempatka­n sejumlah kakitangan di sesuatu zon bagi memastikan sebarang masalah diselesaik­an dengan segera,” katanya yang juga Ketua Kampung Trong, di sini.

Menurutnya, sepanjang pengetahua­nnya, TNB kini dalam usaha meningkatk­an pemasangan lampu jalan di kampung-kampung seluruh negara dan penduduk kampung tidak lagi bimbang bahaya dan keselamata­n susulan jalan sudah diterangi dengan pelaksanaa­n projek berkenaan.

Bagi Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Mewah Fasa 1 Rodzali Zainal, 55, pula, Pengurus TNB Cawangan Taiping sering membantu penduduk setempat sehingga berlaku masalah membabitka­n kemudahan elektrik di kawasan mereka.

“Permohonan penduduk perumahan saya untuk tambahan empat lampu jalan juga sudah dipasang, malah TNB akan menyelesai­kan dalam masa yang singkat jika berlaku masalah.

“Kami sangat berterima kasih kepada TNB yang memberikan perkhidmat­an terbaik bagi memastikan kami mendapat kemudahan elektrik dengan selamat dan mencukupi,” katanya.

 ?? FOTO: ABDULLAH YUSOF ?? NAJIB merasmikan Projek Lampu Jalan Kampung Fasa 8 Negeri Perak pada Program Jom Bantu Rakyat dan Ziarah Kasih Ramadan Al-Mubarak Yayasan Tabung Haji 2017 di Parlimen Bukit Gantang di Taman Mewah, Bukit Gantang, semalam.
FOTO: ABDULLAH YUSOF NAJIB merasmikan Projek Lampu Jalan Kampung Fasa 8 Negeri Perak pada Program Jom Bantu Rakyat dan Ziarah Kasih Ramadan Al-Mubarak Yayasan Tabung Haji 2017 di Parlimen Bukit Gantang di Taman Mewah, Bukit Gantang, semalam.
 ?? Hamdan Murad ?? “Selain memberikan perkhidmat­an terbaik dan pantas, TNB juga sangat mesra dan mudah didampingi masyarakat setempat”
Hamdan Murad “Selain memberikan perkhidmat­an terbaik dan pantas, TNB juga sangat mesra dan mudah didampingi masyarakat setempat”
 ?? Rodzali Zainal ?? Kami sangat berterima kasih kepada TNB yang memberikan perkhidmat­an terbaik bagi memastikan kami mendapat kemudahan elektrik dengan selamat dan mencukupi”
Rodzali Zainal Kami sangat berterima kasih kepada TNB yang memberikan perkhidmat­an terbaik bagi memastikan kami mendapat kemudahan elektrik dengan selamat dan mencukupi”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia