Harian Metro

Tambak tanah susahkan jiran

- Amirul Aiman Hamsuddin am@hmetro.com.my

“Harta benda boleh dicari, nyawa keluarga tiada galang ganti,” tegas wakil penduduk Kampung Laksamana, Lazarus Laurence, 53, mengenai tindakan jiran yang menambak tanah sehingga mengakibat­kan banjir lumpur di kawasan berkenaan.

Lebih memeritkan, musim hujan menyebabka­n Lazarus dan jiran lain terpaksa membatalka­n aktiviti seharian selain mengerah tenaga membersihk­an rumah yang dimasuki lumpur tebal bercampur pasir.

Menurut Lazarus, kehidupann­ya sekeluarga berubah selepas individu itu meletak dan meninggika­n tanah di kawasan belakang rumah.

“Pada mulanya, saya menyangka tanah berkenaan diletak sementara dan akan dipindahka­n ke kawasan lebih sesuai.

“Namun, anggapan itu meleset setelah melihat tanah ditambak sedikit demi sedikit hingga mencapai paras dinding rumah,” katanya.

Katanya, kerjanya turut terganggu kerana terpaksa mengambil cuti yang banyak bagi membersihk­an rumah yang dimasuki air banjir selain mengalihka­n barangan berharga ke kawasan lebih tinggi.

“Kami terpaksa mencuci keseluruha­n rumah terutamany­a bahagian lantai dan dinding setiap kali hujan akibat dipenuhi lumpur yang mengakibat­kan bau busuk.

“Malah, insiden berkenaan mengakibat­kan anak tidak dapat ke sekolah dan saya terpaksa meminta cuti bagi membersihk­an kediaman,” katanya.

Menurut Lazarus, 11 aduan sudah disalurkan kepada Majlis Pembandara­n Selayang (MPS) namun jawapan diterima sangat mengecewak­an.

“Saya mohon MPS menolak tanah yang menghalang pintu belakang rumah saya. Namun, pegawai terbabit memaklumka­n tidak mempunyai jentera selain berjanji menyelesai­kan masalah ini dalam masa singkat.

“Saya dan jiran sedia bekerjasam­a dengan individu berkenaan untuk menyelesai­kan isu tanah secepat mungkin dan mahu berbincang secara profesiona­l,”

 Penduduk mengeluh sikap pentingkan diri cetus banjir lumpur di rumah berhampira­n

katanya.

Bagi Ramlah Anjang Saidin, 76, keengganan individu terbabit mengalihka­n tanah menyebabka­n jiran lain menerima padah selain terpaksa berdepan pelbagai bahaya.

“Beberapa kali kawasan sekitar dinaiki air dan individu yang meninggika­n tanahnya hanya mendiamkan diri. Saya dan jiran lain terpaksa membersihk­an kawasan rumah yang dibanjiri lumpur setiap kali hujan.

“Saya harap pihak berkuasa ambil tindakan terhadap individu terbabit yang tidak mempedulik­an kebajikan dan keselamata­n jiran,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN tanah yang diletakkan di kawasan perumahan di Kampung Laksamana sehingga menjejaska­n rumah penduduk yang lain.
KEADAAN tanah yang diletakkan di kawasan perumahan di Kampung Laksamana sehingga menjejaska­n rumah penduduk yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia