Harian Metro

498 ulat ‘terkulai’

- Ayusliza Azizan am@hmetro.com.my

 Penjual tiket bas haram dicekup dalam operasi SPAD

Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD), menahan 498 ulat tiket bas ekspres pada beberapa operasi di seluruh Semenanjun­g bermula awal tahun ini hingga semalam.

Statistik itu termasuk 106 individu yang ditahan di sekitar Lembah Klang.

Pengarah Penguat Kuasa SPAD Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata, pihaknya agresif meneruskan operasi seumpama itu di terminal bas terpilih termasuk menjalanka­n Ops Hari Raya bermula pada 12 Jun ini.

“Aktiviti ulat tiket akan menjadi serius sekiranya tidak dibanteras sejak awal. Ia menyebabka­n penumpang tidak dapat pulang ke kampung kerana ketiadaan tiket bas terutama ketika Aidilfitri.

“Berikutan itu, kita menjalanka­n pelbagai operasi penguatkua­saan termasuk penyamaran dan rondaan,” katanya pada sidang media selepas Operasi Pra Hari Raya SPAD di Terminal Sementara Seksyen 13 di sini, semalam.

Pada operasi bermula jam 1 tengah hari, lima ulat tiket membabitka­n warga tempatan, Kemboja dan Indonesia berusia 25 hingga 45 tahun ditahan.

Menurut Che Hasni, operasi itu dijalankan selepas pihaknya mendapati aktiviti berkenaan aktif di terminal terbabit.

“Ketika ditahan, ulat tiket membabitka­n dua lelaki dan tiga wanita itu sedang leka menjual tiket di luar kaunter pembelian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 205 (1) Akta Pengangkut­an Awam Darat 2010 yang memperuntu­kkan denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta pengusaha bas berwaspada kerana tiket tidak boleh dijual di luar kaunter, malah perlu dicetak tanpa tulisan tangan.

“Penumpang juga dinasihati membeli tiket di kaunter yang disediakan kerana ulat tiket biasanya menawarkan harga lebih mahal daripada harga asal,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA SPAD mengambil keterangan individu yang disyaki menjadi ulat tiket di Terminal Sementara Seksyen 13, Shah Alam., semalam.
ANGGOTA SPAD mengambil keterangan individu yang disyaki menjadi ulat tiket di Terminal Sementara Seksyen 13, Shah Alam., semalam.
 ??  ?? ANGGOTA SPAD memeriksa kaunter tiket bas ekspres.
ANGGOTA SPAD memeriksa kaunter tiket bas ekspres.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia