Harian Metro

Kekal fasiliti kesihatan terbaik

-

Putrajaya: Rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang akan terus menikmati perkhidmat­an kesihatan yang terbaik disediakan kerajaan, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata, adalah menjadi hasrat kerajaan untuk merakyatka­n perkhidmat­an awam dalam mengambil berat kebajikan rakyat di negara ini.

“Dalam lawatan pada hari ini (semalam), saya melihat alatan mahal Novalis digunakan bagi rawatan kanser disediakan kerajaan dan hanya ada dua saja iaitu di Institut Kanser Negara (IKN) dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Nilai alat ini ialah RM21.9 juta dan penyediaan­nya selaras matlamat kerajaan untuk memberi perkhidmat­an terbaik kepada rakyat,” katanya kepada pemberita pada Program Ziarah Kebajikan Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmat­an Awam Malaysia (PUSPANITA) di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Setiamatan Kementeria­n Kesihatan Datuk Seri Dr Chen Chaw Min, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Pengarah IKN Dr Asmayani Khalib dan Yang Dipertua PUSPANITA Puan Sri Datuk Rohani Abdullah.

Pada majlis itu, Ali turut menyampaik­an sumbangan Proton Exora bernilai RM60,000 daripada PUSPANITA kepada IKN yang akan digunakan dalam perkhidusa­ha institut itu, selain sumbangan RM10,000.

Malah, beliau menyerahka­n sumbangan pek nutrisi dan bantuan kewangan kepada pesakit di wad rawatan harian berjumlah RM4,500.

Dalam pada itu, Ali berkata, kerajaan menyasarka­n matlamat untuk menjadikan IKN sebagai pusat kecemerlan­gan bagi rawatan kanser di Malaysia.

Sementara itu, Dr Asmayani berkata, kenderaan itu akan digunakan oleh pegawai di Jabatan Paliatif dan Rawatan Sokongan IKN untuk melawat dan merawat pesakit yang memerlukan penjagaan khas di rumah.

Nilai alat ini ialah RM21.9 juta dan penyediaan­nya selaras matlamat kerajaan untuk memberi perkhidmat­an terbaik kepada rakyat”

Dr Ali

 ??  ?? DR Ali (dua dari kanan) bersama Yang Dipertua PUSPANITA Puan
Sri Datuk Rohani Abdullah menyerahka­n sumbangan kepada pesakit.
DR Ali (dua dari kanan) bersama Yang Dipertua PUSPANITA Puan Sri Datuk Rohani Abdullah menyerahka­n sumbangan kepada pesakit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia