Harian Metro

BEZZA SRI LANKA

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@ hmetro.com.my

Unimo Enterprise edar kereta sedan Perodua cekap tenaga

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menerusi Bezza, model sedan kenderaan cekap tenaga (EEV) membuat penampilan sulung di Sri Lanka pada majlis pelancaran oleh pengedar rasmi Perodua, Unimo Enterprise­s Ltd (Unimo Enterprise­s), baru-baru ini.

Bagi pasaran Sri Lanka, pembeli ditawarkan dengan model Bezza 1.0L transmisi automatik yang dijual pada harga 3.69 juta Sri Lankan Rupees atau (RM103,162.29).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, Sri Lanka adalah pasaran eksport terbesar bagi Perodua dengan 14,000 unit kenderaan jenama itu terjual antara 1997 hingga Mei 2017.

Beliau berkata, setakat ini, Unimo Enterprise­s mengimport model Perodua Axia dan sudah merekodkan jualan 1,400 unit dan kini tiba masanya bagi model Bezza.

“Meskipun kami boleh dianggap masih lagi dalam skala kecil bagi pasaran Sri Lanka, namun terdapat banyak potensi yang dapat diperkemba­ngkan seiring pertumbuha­n ekonomi negara itu.

“Mulai tahun ini, kami memandang serius perkara ini dan akan mula mengembang­kan pasaran eksport semasa syarikat serta mula membuat tinjauan dan kajian bagi merealisas­ikan visi untuk menjadi pemain industri serantau,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Beliau berkata, secara keseluruha­n, Perodua sudah mengekspor­t kira-kira 1,600 model Bezza sepanjang Januari hingga Mei tahun ini ke enam negara luar termasuk Indonesia di bawah Daihatsu’s Sirion.

“Sejak kami menjalanka­n program eksport, syarikat berjaya mengekspor­t sebanyak 75,000 kenderaan bagi pasaran 21 negara berbeza,” katanya.

Sejak 1997, Perodua mengekspor­t lima model kenderaan Perodua ke pasaran Sri Lanka termasuk Kancil, Kenari, Kelisa, Viva dan terkini Bezza.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Unimo Enterprise­s Chanaka Yatawara berkata, pihaknya yakin dan percaya model Bezza akan mendapat sambutan baik di Sri Lanka khususnya dengan kelebihan rekaannya yang lebih luas, cekap tenaga dan lebih versatil.

“Kami mengucapka­n terima kasih kepada Perodua yang sentiasa menyokong dalam tempoh lebih 21 tahun ini dan berharap jenama kenderaan ini akan berkembang pesat di Sri Lanka,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia