Harian Metro

Jenama ke-7 paling berkesan

 Global Effie Effectiven­ess Index namakan Maxis sebaris 10 jenama antarabang­sa

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my Dinamakan antara 10 jenama utama Effie adalah satu petanda yang baik

Maxis Berhad (Maxis) dinamakan jenama ketujuh paling berkesan di peringkat global, menurut Global Effie Effectiven­ess Index oleh Effie Worldwide yang diumumkan, baru-baru ini.

Antara 10 jenama utama di dunia, Maxis satu-satunya jenama yang mempunyai operasi di satu negara dan berkeduduk­an sama dengan syarikat multinasio­nal seperti Coca-Cola, McDonald’s, Burger King, IKEA dan Mastercard.

Ketua Perkhidmat­an Pemasaran Maxis Sulin Lau berkata, Indeks Effie mengiktira­f agensi dan jenama yang mewujudkan kempen pemasaran paling berkesan dari seluruh dunia dan dipilih daripada 3,601 peserta akhir dan kempen pemasaran yang memenangi Effie antara 1 Januari hingga 31 Disember 2016.

“Dalam kategori yang kompetitif seperti ini, setiap pemasar perlu memberi tumpuan dalam memupuk perkara yang penting. Bagi kami, membina jenama yang boleh dipercayai dan bekerjasam­a dengan agensi yang memahami kreativiti dalam era data dan digital amat penting berbanding sebelum ini. “Kedua-duanya adalah perjalanan yang berterusan dan untuk dinamakan antara 10 jenama utama Effie di seluruh dunia adalah satu petanda yang baik bahawa kami sedang menuju ke arah yang betul,” katanya dalam satu kenyataan.

Maxis dinamakan Jenama Terbaik Effie dua kali berturut-turut pada 2015 dan 2016.

Pada 2016, Maxis memenangi dua pingat perak di APAC Effies serta dua emas, lima perak dan empat gangsa di Effies Malaysia.

Kemenangan itu membantu menyumbang markah terhadap Global Effie Effectiven­ess Index Maxis.

Untuk tahun kedua berturut-turut, Maxis satu-satunya jenama Malaysia yang dinamakan dalam Global Top 100. Ensemble Malaysia adalah agensi penjenamaa­n Maxis, juga menyertai Global Effie Effectiven­ess Top 100 buat kali pertama tahun ini dan mendapat tempat ke-68 bagi kategori Pejabat Agensi Individu, satu-satunya agensi Malaysia dalam senarai berkenaan.

Kedua-dua Maxis dan Ensemble juga dinamakan dalam WARC 100 Global Rankings yang diumumkan beberapa bulan lalu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia