Harian Metro

TAK PERNAH NYENYAK

- Agensi

Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun tidur selama 26 jam tetapi tidurnya itu tidak pernah nyenyak menyebabka­n dia sering letih dan mengantuk.

Ethan O’Dea menderita satu keadaan dikenali sebagai Narcolepsy yang menyebabka­n dia boleh tidur selama 26 jam sehari tetapi apabila bangun remaja itu rasa dia tidak cukup tidur.

Keadaan itu menyebabka­n O’Dea boleh tertidur ketika memakai baju dan berbual, malah dia juga sudah tidak bersekolah selama empat tahun.

Ibunya Sonia memberitah­u, walaupun O’Dea tidur begitu lama tetapi dia tidak pernah tidur nyenyak, sesuatu yang diperlukan untuk membaiki tubuh menyebabka­n dia masih kepenatan apabila bangun.

“Apabila O’Dea tidur dia terus masuk ke fasa tidur yang dikenali sebagai Pergerakan Mata Cepat

(REM) di mana kita sering bermimpi.

“Badan kita tidak boleh dibaiki dengan baik atau mendapat tidur yang berkualiti ketika fasa ini.

“Mereka yang mengalami keadaan seperti

O’Dea, tidurnya tidak pernah merehatkan,” katanya.

Menurutnya, keadaan itu menyebabka­n O’Dea sentiasa lemah dan dia perlu sentiasa dibantu bagi melakukan tugas harian seperti memakan ubat, mandi dan makan.

O’Dea yang mengalami penyakit itu sejak berusia 10 tahun berkata, dia tidak

Remaja tidur 26 jam tetapi tetap letih, mengantuk

mempunyai kehidupan sosial kerana dia sering tertidur ketika berbual.

“Saya tidak mempunyai kawan dan tidak boleh keluar seperti orang lain. Ia sangat sukar,” katanya sebelum tertidur.

Sonia memberitah­u, kini terdapat satu sinar untuk anaknya apabila kerajaan meluluskan sejenis ubat dikenali sebagai Xyrem yang boleh membantuny­a tidur nyenyak. Bagaimanap­un, harga ubat itu terlalu mahal dan Sonia terpaksa melancarka­n laman sesawang untuk mencari dana bagi mengubati anaknya itu.

 ??  ??
 ??  ?? O’DEA tertidur di atas kerusi roda ketika dibawa berjumpa doktor di sebuah hospital di Perth, Australia. - Agensi
O’DEA tertidur di atas kerusi roda ketika dibawa berjumpa doktor di sebuah hospital di Perth, Australia. - Agensi
 ??  ?? O’DEA sentiasa penat dan mengantuk kerana tidak pernah tidur dengan nyenyak. - Agensi
O’DEA sentiasa penat dan mengantuk kerana tidak pernah tidur dengan nyenyak. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia