Harian Metro

Militan mahu wujud pemerintah­an khalifah di Marawi

-

Marawi (Filipina): Kumpulan militan yang bertempur dengan askar di Marawi merancang menjadikan bandar itu kubu kuat mereka, kata pegawai semalam susulan penyebaran satu video menunjukka­n satu mesyuarat rahsia dihadiri ketua kumpulan militan.

Rakaman itu ditemui dalam satu telefon bimbit ketika askar kerajaan mengepung kumpulan militan itu bandar di bandar berkenaan.

Video itu menunjukka­n sekumpulan lelaki di dalam bilik berbincang cara untuk menahan tebusan dari sekolah, menutup jalan dan menawan lebuh raya menuju ke Marawi.

“Mereka ada rancangan lebih besar dan ia bertujuan menjadikan keadaan lebih huru hara,” kata jurucakap tentera, Restituto Padilla dalam satu sidang media selepas video itu tersebar.

Pertempura­n di Marawi menimbulka­n kebimbanga­n bahawa militan Daish yang semakin tertekan di Syria dan Iraq, kini bertapak di Mindanao serta memberi ancaman kepada negara jiran seperti Indonesia, Malaysia dan Singapura.

Pegawai berkata, daripada ratusan pemberonta­k yang menawan Marawi pada 23 Mei lalu, terdapat kira-kira 40 militan asing dari Indonesia dan Malaysia serta dari India, Arab Saudi, Maghribi dan Chechnya.

Serangan di Marawi menunjukka­n ramai penyokong Daish mahu menjadikan bandar itu sebagai kerajaan khalifah di Asia Tenggara dan ia dikuatkan lagi dengan kemunculan video berkenaan.

Tentera sebelum ini memberitah­u, militan kini berkubu di satu kawasan di tengah bandar dan kemaraan askar mengambil masa lama kerana ratusan orang awam masih terperangk­ap atau dijadikan tebusan dengan sebahagian dijadikan perisai manusia. - Reuters

 ??  ?? GAMBAR yang diambil dari rakaman video dan diedarkan tentera Filipina menunjukka­n sekumpulan ketua militan berbincang mengenai rancangan mereka di lokasi yang tidak diketahui di Marawi. - Reuters
GAMBAR yang diambil dari rakaman video dan diedarkan tentera Filipina menunjukka­n sekumpulan ketua militan berbincang mengenai rancangan mereka di lokasi yang tidak diketahui di Marawi. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia