Harian Metro

‘Janji komitmen 100 peratus’

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

 Malaysian Tigers intai slot Piala Dunia 2018 menerusi kempen Separuh Akhir Liga Hoki Dunia

Malaysian Tigers sudah bersedia untuk memenuhi sasaran layak ke Piala Dunia 2018 menerusi kempen Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di London dari 15 hingga 25 Jun ini.

Bagi pemain berpengala­man negara Nabil Fiqri Mohd Noor, selepas sekian lama melakukan persiapan, kini tibalah masanya untuknya serta rakan sepasukan melaksanak­an tugas yang diberikan kepada mereka.

Tegas Nabil, 30, bagi memenuhi sasaran layak ke Piala Dunia, dia serta rakan sepasukann­ya perlu memberikan komitmen 100 peratus dalam setiap perlawanan yang dilalui.

“Apabila bertemu lawan yang standard lebih tinggi daripada Malaysia, selain pengalaman, kami perlu memberikan komitmen 100 peratus dalam setiap perlawanan sama ada pemain muda atau senior.

“Kami akan membentuk persefaham­an terbaik untuk melangkah ke tahap seterusnya jika komitmen 100 peratus diberikan. Ini yang kami perlukan pada kejohanan besar seperti di London.

“Jika itu berlaku, saya percaya kami memiliki keupayaan untuk layak secara merit ke Piala Dunia nanti,” katanya.

Skuad bimbingan Stephen Van Huizen berlepas awal ke London dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Sementara itu, Nabil berkata, dia akan menggunaka­n segala pengalaman­nya untuk membantu skuad negara serta membimbing pemain muda.

“Saya pernah melalui detik pahit gagal membantu pa- sukan layak ke Sukan Olimpik dua tahun lalu dan saya tak mahu perkara sama berulang lagi untuk kelayakan ke Piala Dunia kali ini,” katanya.

Skuad negara akan menghadapi tiga perlawanan persahabat­an bertemu skuad pembanguna­n England esok sebelum menentang Wales Ahad ini dan seterusnya Kanada dua hari kemudian.

Malaysia akan memulakan kempen Kumpulan A menentang pasukan ranking nombor satu dunia Argentina pada 16 Jun diikuti England (17 Jun), Korea Selatan (19 Jun) dan China (20 Jun).

 ?? FOTO: OSMAN ADNAN ?? PRESIDEN Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal (dua dari kanan) memberi amanat akhir kepada pemain skuad hoki negara di KLIA, semalam.
FOTO: OSMAN ADNAN PRESIDEN Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal (dua dari kanan) memberi amanat akhir kepada pemain skuad hoki negara di KLIA, semalam.
 ?? FOTO: IZHARI ARIFFIN ?? PEMAIN hoki negara mendaftar
masuk bagasi sebelum berlepas
ke London.
FOTO: IZHARI ARIFFIN PEMAIN hoki negara mendaftar masuk bagasi sebelum berlepas ke London.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia