Harian Metro

Sedia balas dendam

-

Kuala Lumpur: Skuad bola jaring kini sudah besedia untuk membalas dendam seterusnya kembali merampas emas daripada musuh tradisi negara, Singapura pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) Ogos ini.

Tewas tiga mata pada tiga minit terakhir dua tahun lalu meninggalk­an kesan mendalam kepada pasukan bola jaring negara yang kini dibimbing oleh Tracey Robinson.

Bagi pemain negara Siti Norfarahan­a Mustafa inilah masa terbaik untuk skuad negara yang dibarisi hampir 90 peratus skuad sama, bangkit menebus maruah negara.

“Kalah tiga mata memberi kesan yang amat besar kepada pasukan. Kami terikat dengan Singapura hingga tiga minit terakhir yang menyaksika­n kami tewas.

“Jadi kami tidak mahu perkara itu berulang lagi kali ini. Semua pemain mempunyai misi sama iaitu membalas dendam terhadap Singapura,” katanya yang berharap kelebihan selaku tuan rumah dan status juara Asia dapat menewaskan musuh tradisi itu.

Mengulas mengenai kehadiran jurulatih terkemuka dari Australia itu, Norfarahan­a menganggap Tracey banyak membantu perkembang­an skuad negara.

“Antara perbezaan yang ketara adalah dari segi intensiti selain strategi dan taktik. Itu akan memberi kelebihan kepada kami.

“Ia boleh digunakan sebagai senjata dan ia terbukti berkesan apabila berjaya muncul juara Asia dan saya yakin kami boleh melakukann­ya sekali lagi di KL2017,” katanya yang berlepas ke Gold Coast dari 13 hingga 24 Jun untuk siri Jelajah Australia.

Tracey mula membimbing pasukan negara tahun lalu dengan memegang jawatan sebagai konsultan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia