Harian Metro

Tuah hujan Timea

- AFP

Layak kali kedua ke separuh akhir Terbuka Perancis selepas atasi cabaran wakil tuan rumah

Pilihan ke-30 dari Switzerlan­d Timea Bacsinszky layak ke separuh akhir Terbuka Perancis buat kali kedua sepanjang kariernya untuk menempah pertemuan dengan pemain remaja Latvia Jelena Ostapenko.

Timea mengalahka­n pemain tuan rumah Kristina Mladenovic 6-4, 6-4 di Roland Garros manakala Jelena, 19, mengejutka­n Caroline Wozniacki 4-6, 6-2, 6-2.

Timea atau Jelena berpeluang menambah kegembiraa­n masing-masing apabila bertemu di separuh akhir kerana kedua-duanya akan menyambut ulang tahun masing-masing.

Timea akan berusia 28 tahun

(gambar)

manakala Jelena 20.

Perlawanan suku akhir kedua-dua pemain itu hanya mengambil masa selama dua jam tetapi ia memerlukan mereka untuk berada di gelanggang selama enam jam gara-gara hujan.

“Saya berasa seolah-olah menerima penghormat­an apabila dapat bermain di separuh akhir kedua di Roland Garros,” kata Timea yang tewas di tangan Serena Williams pada separuh akhir dua tahun lalu.

“Permainan hari ini agak sukar. Mula-mula cuaca baik, kemudian hujan disertai angin serta ribut pasir.

“Saya perlu mengekalka­n tahap tumpuan. Saya simpati dengan penonton tapi pada masa sama gembira dengan kejayaan ini.”

Jelena muncul pemain wanita pertama Latvia layak ke separuh akhir acara Grand Slam selepas mengetepik­an bekas pemain nombor satu dunia Caroline.

“Saya amat gembira dan masih belum percaya saya sudah menang,” kata Jelena.

“Saya perlu teruskan corak permainan agresif. Ada kalanya saya agak tertekan tapi keputusann­ya tetap memihak kepada saya. Memang seronok dapat terus bermain di sini tambahan pula hari ulang tahun kelahiran saya hampir tiba. Saya harap dapat menikmatin­ya dengan cara yang lebih menyeronok­kan.”

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia