Harian Metro

Mahu kerap beraksi

- AFP

 Giroud tekad pamer lebih impak buat Gunners musim depan

Penyerang Perancis Olivier Giroud menegaskan dia mahu memainkan peranan lebih besar bersama Arsenal musim depan.

Pemain berusia 30 tahun itu sering dijadikan pemain simpanan sepanjang musim lalu selepas pengurus Gunners Arsene Wenger lebih senang menurunkan gandingan Alexis Sanchez dan Theo

bar)

(gam-

Walcott di barisan depan.

Giroud yang turut sering dilanda kecederaan musim lalu, hanya disenaraik­an dalam kesebelasa­n utama sebanyak 11 kali dan tampil selaku pemain simpanan sebanyak 18 kali tetapi dia pemain simpanan yang paling kerap digunakan Arsenal.

Walaupun meluahkan kegembiraa­nnya untuk terus kekal di Arsenal, bekas penyerang Montpellie­r itu berkata dia mahu bermain secara lebih kerap.

“Kontrak saya di Arsenal masih berbaki dua atau tiga tahun lagi. Buat masa ini, masa depan saya hanyalah Arsenal,” katanya.

“Saya seronok di sini, saya mahu memenangi Liga Perdana bersama Arsenal.

“Tapi saya tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan.”

Ahad lalu, Giroud memberitah­u stesen televisyen Perancis TF1 dia berminat untuk kembali ke negara itu terutamany­a Marseille tetapi pada masa sama dia juga mahu memenangi sesuatu di England terlebih dulu.

“Secara jujurnya, saya pasti tidak gembira jika menamatkan satu lagi musim dengan kurang bermain,” katanya.

“Saya akan membincang­kan perkara ini bersama rakan rapat serta penasihat saya.”

Walaupun diletakkan selaku pemain simpanan di Arsenal, Giroud sering menjadi pilihan utama buat skuad kebangsaan Perancis sejak penggempur Real Madrid Karim Benzema digugurkan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia