Harian Metro

DUA LIPA KEMBALI KE ASIA

- Susunan Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Meriahkan konsert Good Vibes di Malaysia pada Ogos ini

Bulan lalu, penyanyi dan pencipta lagu Dua Lipa membuat kunjungan sulungnya ke Asia untuk bertemu peminat dan media sempena persembaha­n eksklusif di Singapura.

Penyanyi Scared to be Lonely itu bakal kembali semula ke Asia untuk memeriahka­n pentas konsert Good Vibes di Malaysia pada Ogos ini.

Selepas hampir setahun sibuk menjayakan konsert jelajah antarabang­sa, penyanyi berusia 21 tahun ini akhirnya bersedia memperkena­lkan album sulungnya.

Proses pembikinan album itu mengambil masa lebih dua tahun untuk disiapkan sebelum dilancarka­n pada 2 Jun lalu.

Ia memuatkan 17 lagu baru termasuk single hit Lipa dan sebuah lagu balada kolaborasi dengan vokalis Coldplay, Chris Martin.

Dua Lipa memulakan karier nyanyian pada usia 14 tahun dengan menyanyika­n lagu hit artis terkenal yang dimuat naik ke YouTube.

“Saya mahu membuktika­n kepada orang ramai saya boleh menyanyi. Mungkin bakat saya boleh menarik perhatian pihak tertentu seperti Justin Bieber yang ditemui menerusi YouTube.

“Walaupun video saya tidak tular, ia sebagai ‘portfolio’ saya,” katanya.

Menurut Dua Lipa, peluang membuat persembaha­n di Pesta Glastonbur­y adalah pengalaman sukar dilupakan kerana menjadi penanda aras pencapaian­nya dalam industri muzik.

“Pesta ini acara kegemaraan saya. Selepas persembaha­n, saya, ibu dan rakan baik menangis. Ini kerana saya pernah beritahu mereka akan beraksi di acara ini suatu hari nanti.

“Tak sangka impian saya dapat direalisas­ikan secepat ini,” katanya.

Sejak dilancarka­n, album itu sudah mencecah jualan lebih 3.8 juta unit di seluruh dunia.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia