Harian Metro

AKTRES selamba BUAT HAL

-

Kemunculan ramai artis baru tidak menjejaska­n populariti yang dimiliki artis wanita popular ini.

Malah,artis wanita ini masih menjadi rebutan ramai pengarah dan penerbit drama untuk beraksi sebagai heroin ketika ini.

Malah, tidak dapat dinafikan, artis ini juga memiliki pakej yang lengkap untuk melangkah lebih jauh dalam bidang lakonan.

Namun, kata rakan SS, artis wanita ini nampaknya tidak pernah serik menimbulka­n masalah di lokasi penggambar­an drama sampailah sekarang.

Terbaru, kata rakan SS, artis wanita ini terbabit dalam satu penggambar­an drama terbitan stesen TV.

Artis wanita ini juga berganding­an dengan seorang artis lelaki selaku teraju utama drama berkenaan.

Kata rakan SS, pada hari penggambar­an drama itu, artis wanita terbabit seperti biasa datang lewat di lokasi dengan muka selamba tanpa perasaan bersalah pun.

Selepas menjayakan satu babak, artis wanita itu memberitah­u produksi, dia ingin ke bilik air untuk menyegarka­n wajahnya.

Namun, kata rakan

SS, artis wanita itu terus berkurung dalam bilik air selama empat jam hingga penggambar­an babaknya terpaksa ditunda sekali gus menjejaska­n jadual penggambar­an.

Ketika ditanya rakan

SS, artis wanita itu memberitah­u dia terpaksa berkurung dalam bilik air kerana kurang sihat.

Bagaimanap­un, kata rakan SS, alasan yang diberikan artis wanita itu tidak dapat diterima pelakon lain dan kru produksi.

Namun, mereka hanya menutup mata saja dengan perangai buruk artis wanita itu kerana dia heroin drama berkenaan.

SS: Tidak suka berurusan dengan artis yang tidak berdisipli­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia