Harian Metro

CHICKEN CHOP DALAM DULANG

- Nor Hanisah Kamaruzama­n rencana@hmetro.com.my

Pengusaha makanan ala Barat terap cara makan ikut sunah

Menjamah makanan secara berjemaah atau dalam dulang bukanlah janggal dalam tradisi orang Melayu malah ia adalah salah satu sunah Rasulullah yang amat digalakkan.

Penulis tertarik dengan kelainan yang ditampilka­n The Rack Boutique Cafe di Selayang, Selangor ini kerana menghidang­kan makanan ala Barat dalam dulang.

Pemilik bersama kafe itu yang juga suami isteri Abu Yazid AlBustami Samat, 25 dan isteri Ainul Huda Ainul Yakin, 25, berkata, idea menampilka­n menu ala Barat dalam dulang itu diinspiras­ikan daripada keluarga mereka yang ramai dan selalu makan bersama.

“Saya dari keluarga yang besar kerana adikberadi­k ramai, oleh itu kami suka makan bersama-sama sebab lebih seronok dan meriah apabila semua ada.

“Dari situ tercetusny­a idea untuk mengetenga­hkan hidangan dalam dulang kerana mahu pengujung yang datang turut menikmati hidangan mereka secara berjemaah tidak kira bersama ahli keluarga mahupun rakan,” kata Abu Yazid.

“Kami ketengahka­n menu ala Barat kerana menu itu jarang ‘diletak’ di atas dulang. Selain itu, kami percaya menu ala Barat seperti ini menjadi kegemaran ramai,” katanya.

“Semua hidangan adalah resipi istimewa isteri dan diolah agar sesuai dinikmati ramai. Saya menggemari bidang perniagaan manakala isteri mempunyai latar belakang katering dan mahir memasak.

“Semua hidangan di sini adalah air tangan isteri saya.Walaupun menunya mungkin boleh didapati di tempat lain tapi setiap satunya unik dan mempunyai kelazatan tersendiri,” katanya.

Dihidangka­n dengan menu popular yang mula menjadi tular di laman sosial iaitu ‘Dulang Combo’, sekali pandang ia pasti menggamit perhatian sesiapa saja.

Terdapat empat makanan dalam satu dulang dan menu utamanya adalah chicken chop iaitu dua keping ayam yang digoreng dan diselaputi dengan sos lada hitam istimewa.

Berlainan dengan dengan rasa sos lada hitam lain, sos lada hitam di

The Rack Boutique Cafe ini menggabung­kan rasa manis dan pedas yang ternyata menepati selera orang tempatan.

Chicken chop itu dilengkapi dengan tiga hidangan lain iaitu kentang goreng, bebola daging keju dan spageti bolognese dengan harga bagi sedulang hanya RM35.

Walaupun sekali pandang ia sesuai dihidangka­n untuk dua orang saja tapi, ia lebih dari mencukupi dan satu dulang boleh dimakan bersama tiga atau empat orang.

Selain itu, menu lain yang turut menjadi perhatian ramai adalah ‘Roti John Cheese Tarik’ (RM10) sesuai bagi mereka yang gemarkan keju kerana kejunya yang banyak.

Selain sos keju yang ‘banjir’ pada bahagian atas roti itu, keunikan roti berkenaan terletak pada keju mozarela yang ‘tersembuny­i’ pada bahagian dalam inti membuatkan keju itu bertali seperti piza apabila ditarik.

Antara menu lain yang turut menjadi pilihan adalah ‘Meatball Mac n Cheese’ (RM10) dan ‘XXL Chicken’ (ayam goreng dihidangka­n bersama keju mozarela).

Pengunjung juga pasti tidak mahu ketinggala­n mencuba pencuci mulut yang diberi nama ‘Bingsu’ iaitu ais kisar yang limpahi dengan susu, perisa dan buah segar dengan hanya RM8 semangkuk.

Selain buah segar menjadi tarikan, Bingsu di kafe berkenaan turut ditaburi empingan jagung bagi memberi kepelbagai­an tekstur dalam hidangan itu.

Pelbagai perisa yang boleh dipilih namun yang menjadi pilihan ramai adalah strawberi dan mangga.

Kami ketengahka­n menu ala Barat kerana menu itu jarang ‘diletak’ di atas dulang. Selain itu, kami percaya menu ala Barat seperti ini

menjadi kegemaran ramai

 ??  ?? ABU Yazid dan Ainul Huda menunjukka­n hidangan istimewa kegemaran ramai di The Rack Boutique Cafe iaitu ‘Dulang Combo’.
ABU Yazid dan Ainul Huda menunjukka­n hidangan istimewa kegemaran ramai di The Rack Boutique Cafe iaitu ‘Dulang Combo’.
 ??  ?? PELBAGAI menu diketengah­kan di The Rack Boutique Cafe adalah hasil resipi dan sentuhan
Ainul Huda.
PELBAGAI menu diketengah­kan di The Rack Boutique Cafe adalah hasil resipi dan sentuhan Ainul Huda.
 ??  ?? PENCUCI mulut diberi nama Bingsu ini dilimpahi dengan buah sebenar dan ditaburi dengan empingan jagung bagi memberi kepelbagai­an
rasa dan tekstur.
PENCUCI mulut diberi nama Bingsu ini dilimpahi dengan buah sebenar dan ditaburi dengan empingan jagung bagi memberi kepelbagai­an rasa dan tekstur.
 ??  ?? GABUNGAN klasik makaroni dan keju diberi kelainan dengan menyelitka­n bebola daging.
GABUNGAN klasik makaroni dan keju diberi kelainan dengan menyelitka­n bebola daging.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia