Harian Metro

SEJARAH 100 TAHUN HONG KONG

- Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

Mengalami sendiri pemandanga­n dan suasana meriah saat melalui jalan di Central dan Sheung Wan menerusi lawatan berpandu untuk menerokai kekayaan sejarah, budaya, seni serta hiburan di Hong Kong cukup mengujakan.

Terkenal sebagai daerah kewangan yang gemilang dan padat dengan bangunan tinggi tetapi tetap mempunyai latar langit yang menakjubka­n, Central nyata memberikan keseronoka­n tersendiri apabila dikunjungi.

Terdapat lima laluan dengan tema tersendiri yang diteliti dan direka dalam bentuk lawatan berpandu untuk mendedahka­n lebih 100 tahun sejarah Hong Kong.

Sepanjang perjalanan, pengunjung dapat menyaksika­n perubahan dramatik Central dengan warna-warni sejarah dan meneroka bandar yang sentiasa berubah tetapi tidak pernah melupakan asal usulnya.

Menerusi lawatan berpandu Old Town Central ini, ia merangkumi pilihan dari Timur dan Barat apabila masa lalu dan kini, tradisi dan inovasi, hiruk-pikuk dan ketenangan wujud bersama.

Untuk mengetahui dan mengalami sendiri daerah Central yang meriah termasuk monumen kolonial terbaik, galeri seni, jalan mempamerka­n seni, kedai antik, butik, restoran serta bar di atas bumbung, terdapat lima laluan yang menarik untuk dijelajah.

Pertama, Pengembara­an Masa yang membawa pengunjung melalui perjalanan sejarah dan warisan di sekitar Central dan Sheung Wan yang menceritak­an permulaan Hong Kong moden.

Dari Possession Point tempat bendera British pertama secara rasmi dikibarkan di kawasan

Tai Ping Shan, lokasi penempatan awal orang China pada 1840-an, berjalan di sekitar kawasan ini memperliha­tkan sejarah tertua bandar yang berubah menjadi bandar dunia masa depan.

Di sini anda dapat melihat kedai di Possession Street, Chu Wing Kee yang mempunyai sejarah sejak 60 tahun lalu.

Kompleks Tai Kwun pula menempatka­n pejabat polis, majistret dan penjara pertengaha­n abad ke

19. Taman Pak Tsz Line pula adalah tapak acara bersejarah yang penting pada 1892 membabitka­n revolusi besar Cina, Dr Sun Yat-sen.

Laluan kedua ialah laluan seni mengagumka­n apabila pengunjung dibawa menelusuri salah satu jalan tertua di Hong Kong, Hollywood Road dengan galeri memaparkan karya seni hebat dari purba ke kontempora­ri dan dari Asia ke Barat.

Artis dan pencinta seni semua peringkat dapat inspirasi dan menikmati seni grafiti kreatif di dinding lorong.

Laluan ketiga pula ialah Rasa Hong Kong yang membuktika­n Central adalah syurga bagi pencinta makanan dengan pelbagai jenis hidangan.

Dari dim sum tradisiona­l ke masakan antarabang­sa dan fusion, anda pastinya terliur melihat hidangan yang memenuhi semua rasa.

Bar di atas bumbung di sekitar Central juga lokasi sesuai bagi pengunjung yang ingin bersantai sambil menikmati keindahan panorama malam.

Laluan keempat yang sememangny­a cukup mengagumka­n di Old Town Central ini adalah Laluan Harta Karun.

Berjalan di sekitar Upper Lascar Row membawa pengunjung melihat pelbagai barangan antik selain peniaga kaligrafi Cina juga boleh ditemui di laluan ini.

Laluan kejiranan kreatif di Tai Ping Shan Street dan kawasan PoHo menyajikan studio yang terletak di antara kedai teh nyata memberikan suasana yang amat menarik.

Kawasan Bridges Street pula adalah tumpuan lama dan baru dengan kedai buku terpakai dan barangan lain yang membawa imaginasi anda ke masa lalu di bandar ini.

Laluan terakhir iaitu Highlight Trip sangat sesuai bagi pelancong yang mempunyai masa terhad di sini. Lawatan ini merangkumi mercu tanda dan tempat menarik daripada setiap pelanconga­n bertema.

Pelancong boleh mencari tapak warisan, menerokai seni, mencuba makanan tempatan dan memburu khazanah tersembuny­i di jalan serta lorong sempit sebelum mengakhiri perjalanan di Pottinger Street.

Bagi mendapatka­n versi penuh lawatan berpandu

Old Town Central, muat turun buku panduan di discoverho­ngkong.com/ common/ebook/Old-TownCentra­l_booklet_EN.pdf.

Pengunjung yang bercuti di Hong Kong bermula sekarang hingga 31 Oktober ini juga boleh menikmati pelbagai kemudahan yang ditawarkan sempena Sambutan ulang tahun Hong Kong Wilayah Pentadbira­n Khas (HKSAR) ke-20.

Untuk maklumat lanjut, layari www. discoverho­ngkong.com/ OTC-eng.

 ??  ??
 ?? FOTO: ??
FOTO:
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia