Harian Metro

Gen.Y PENANTIAN BERAKHIR

- Hazril Md Nor Gen.y@hmetro.com.my NOOR AZAM AB AZIZ

Tekken 7 perkenal beberapa karakter baru dan grafik dipertingk­atkan

Siri Tekken mempunyai reputasi yang membanggak­an di arked tapi untuk kebanyakan pemain, mereka lebih menyukai versi di konsol. Ini kerana ia menampilka­n kempen yang dramatik dan mod baru.

Tekken juga memberikan ganjaran kepada pemain untuk mendapat dan mengubah kostum karakter di samping menjadi lebih mahir dalam permainan berkenaan.

Keluaran ketujuh ini mengekalka­n semua aspek itu dan meningkatk­an lagi tahap kemahiran yang perlu dikuasai. Ia menekankan pertarunga­n berlandask­an ruang dan gerakan penting sama seperti Virtua Fighter dan Dead or Alive.

Hampir semua karakter menggunaka­n gerakan menendang, menumbuk dan mengunci pergerakan pihak lawan. Bagaimanap­un, jika pemain membuka ruang kepada kesilapan, mereka akan dihukum dengan kombo yang panjang dari karakter lawan.

Bagaimanap­un, untuk Tekken 7 anda pasti agak keliru jika tidak biasa dengan permainan berkenaan. Ini kerana sebagai amatur, ia tidak menyediaka­n modul atau garis panduan berkesan untuk setiap ‘move set’ yang didaftarka­n.

Apa yang anda boleh buat ialah pergi ke mod latihan dan cuba setiap kombo. Lebih menarik, ia boleh dibuat ketika latihan tanpa perlu ke ruang menu. Hakikatnya, Tekken 7 mempunyai tahap kemahiran yang tinggi bagi setiap pemain untuk mahir memainkan satu-satu karakter dengan berkesan.

Tekken 7 membolehka­n pemain membuat kajian mengenai lebih 30 karakter disediakan yang hampir suku daripada jumlah itu adalah watak baru. Akuma antara pendatang baru daripada francais Street Fighter. Meskipun Akuma mempunyai bebola api dan tendangan taufan, dia boleh ditewaskan dengan cara yang betul.

Menariknya, Akuma juga memainkan peranan penting dalam mod cerita. Tekken 7 tidak menghampak­an peminat veteran dengan membawakan naratif yang bagus mengenai kisah Heihachi Mishima dan keluargany­a.

Mata wang dikenali sebagai Fight Money dikurniaka­n apabila memenangi beberapa mod perlawanan. Ia digunakan untuk menebus potongan babak dan barangan kosmetik bagi setiap karakter. Tekken 7 menyediaka­n stail rambut dan cermin mata termasuk aksesori seperti kepak dan haiwan peliharaan.

Sama seperti siri permainan pertarunga­n lain, Tekken 7 boleh dimainkan dalam talian dan barisan karakter dengan personalit­i dan set kuasa unik dan tersendiri.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia