Harian Metro

Seorang pelanggan setiap bulan

- DARI MUKA 15

Bebas banyak aura positif menerusi taburan kenanga, melati dan mawar

Menariknya, semua pilihan ditawarkan pada harga berpatutan termasuk rawatan paling unik di spa ini, mandi bulan purnama.

Menurut Nurulhuda, mandi bulan purnama dibuat hanya pada 15 hari bulan, mengikut kalendar Islam. Rawatan istimewa itu disediakan hanya untuk seorang pelanggan setiap bulan dan dijalankan selepas Maghrib.

“Ringkasnya, ia dipanggil mandi hajat. Ia sesuai untuk wanita yang ada hajat seperti menyimpan hasrat untuk berkahwin, menaikkan seri wajah atau menghilang­kan tekanan.

“Selain menikmati suasana spa yang tenang, mandian mengandung­i garam dan titisan minyak aromatika aura ini sebenarnya membawa banyak manfaat kepada kesihatan tubuh.

“Pada sebelah malam, proses penyembuha­n badan biasanya berada di tahap kemuncak dan potensi penyerapan badan meningkat. Jadi, dalam keadaan berendam, tubuh akan menyerap bahan galian garam dan aroma daripada minyak pati bunga. Semua ini meresap melalui kulit dalam bentuk ion,” katanya.

Jelas Nurulhuda, selain khasiat garam dan pati bunga, rawatan mandian itu juga dipercayai membebaska­n banyak aura positif menerusi taburan kenanga, melati dan mawar.

“Aroma indahnya menyerap dan mengharumk­an tubuh. Begitupun, kelebihan sebenar mandian ini sukar dizahirkan dengan katakata dan hanya boleh dirasai mereka yang mencubanya. Sebab itulah rawatan ini disifatkan istimewa.

“Tambahan kita hanya mempunyai satu bilik rawatan mandian. Jika tarikh 15 hari bulan sudah ditempah, tidak akan ada hari dan waktu lain yang boleh menggantik­an rawatan mandian ini sehinggala­h bulan berikutnya,” katanya.

SPA SEHENTI

Melangkah masuk ke ruang menunggu di spa ini, pengunjung disambut dengan alunan muzik tradisiona­l Bali yang tenang dan damai. Sekalipun mempunyai keluasan terhad, Nurulhuda dan Rosliza bijak membahagik­an ruang kepada bilik rawatan, sauna, jakuzi, salun serta studio.

“Kami tawarkan banyak pilihan rawatan wajah, seperti rawatan asas (relaxing facial), aromaterap­i (untuk kesan lebih relaks), vitamin C (menggunaka­n mesin penyerapan khas), rawatan berlian (membuang sel kulit mati dan mencerahka­n kulit) serta resdung (asap).

“Paling popular adalah rawatan berlian kerana ia bukan saja membersihk­an liang pori dengan selamat, malah kesan cerah berserinya boleh kekal antara dua hingga tiga hari selepas rawatan,” katanya.

Bagi yang mahukan khidmat urutan dan skrub, spa ini tidak kurang hebatnya dalam menyediaka­n yang terbaik untuk pelanggan. Bermula dari urutan spa, Ainnor Beauty juga menawarkan pilihan urutan seperti urutan aromaterap­i, tradisiona­l khusus untuk ibu selepas bersalin, melangsing­kan tubuh dan bahu.

“Sementara rawatan skrub badan pula boleh didapati dalam lima pilihan iaitu teh hijau, garam, beras, kopi dan coklat,” katanya.

Selain bilik rawatan dan jakuzi yang selesa, spa ini dilengkapi ruang salun tertutup. Ia sesuai untuk wanita bertudung yang mahu mendapatka­n khidmat dandanan rambut dalam suasana meyakinkan.

DUTA SPA, PRODUK

Selari dengan keperluan untuk mengangkat tabiat berhias dalam kalangan wanita, spa ini melantik dramatis, Emma Akma Yunus sebagai duta kecantikan­nya.

Menurut Rosliza, pelantikan pelakon itu bertujuan menarik lebih ramai pengunjung wanita, sekali gus mempromosi­kan spa dan produk keluaran mereka, EizzaVelve­ty Skincare.

“Kami merancang melebarkan lagi perkhidmat­an dan produk keluaran kami pada masa akan datang. Dengan adanya Emma, kami percaya perancanga­n kami akan berjalan lebih lancar,” katanya. - Intan Mas Ayu Shahimi

 ??  ?? NURULHUDA (kiri) dan Rosliza (kanan) bersama duta Ainnor Beauty, Emma Akma.
NURULHUDA (kiri) dan Rosliza (kanan) bersama duta Ainnor Beauty, Emma Akma.
 ??  ?? INFO
TANDA AWAL MASALAH KEGUGURAN RAMBUT
1. Kulit kepala gatal
2. Garis rambut menyusut 3. Kulit kepala jelas kelihatan
4. Gumpalan rambut pada sikat
5. Suhu badan meningkat 6. Sembelit
7. Jerawat
8. Kerap sakit kepala 9. Faktor usia
RAWATAN...
INFO TANDA AWAL MASALAH KEGUGURAN RAMBUT 1. Kulit kepala gatal 2. Garis rambut menyusut 3. Kulit kepala jelas kelihatan 4. Gumpalan rambut pada sikat 5. Suhu badan meningkat 6. Sembelit 7. Jerawat 8. Kerap sakit kepala 9. Faktor usia RAWATAN...
 ??  ?? JAKUZI luas dan selesa.
JAKUZI luas dan selesa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia