Harian Metro

HAPUS SEL MATI

-

Formula

ringan dan halus diilhamkan

oleh kosmetolog­i

Korea

Esen adalah salah satu rahsia terbaik dalam teknik lapisan yang terkenal dari Asia.

Rutin halus dan lembut ini menggabung­kan tanggapan tertentu seni ‘de vivre’ dengan prestasi kosmetik yang tulen. Essence menjadi satu langkah penting dalam rutin Vinoperfec­t dari Caudalie.

Formula ringan dan halus ini diilhamkan oleh kosmetolog­i Korea dan didokong oleh pakar dari Caudalie.

Keberkesan­annya adalah daripada komposisi berasaskan asid glikolik untuk menghapusk­an sel mati, ekstrak peoni putih untuk kulit cerah sekata dan sihat. Sementara air anggur, iaitu bahan tanda pengenalan Caudalie pula terkenal dengan sifat melembapka­n dan menenangka­n, menjadikan kulit lembut dan segar.

Untuk meningkatk­an keberkesan­an serum, perlahan-lahan sapukan Concentrat­ed Brightenin­g Essence ke muka, leher sama ada menggunaka­n pad kapas atau hujung jari, seperti wanita Korea membelai wajah mereka.

Sapukan Radiance Serum Complexion Correcting, produk terbaru dari koleksi Vinoperfec­t, berkesan pada semua bintik hitam dan untuk semua jenis kulit walaupun yang paling sensitif. BLITHE adalah penyelesai­an baru untuk kulit yang dioptimumk­an sesuai dengan gaya hidup urban. Patting Splash Mask misalnya adalah produk inovatif yang berasal dari kaedah pembersiha­n tradisiona­l Korea dengan air beras.

Ia adalah pupur jenis cecair pekat yang membuang habuk halus dan sel kulit mati hanya dengan membasuh ‘15 saat’ tanpa memberi kesan kerengsaan. Ia menjadikan kulit licin dan membantu penyerapan yang lebih baik untuk penjagaan kulit yang seterusnya.

Energy Yellow Citrus & Honey, mengandung­i ekstrak lemon dan madu dengan kandungan vitamin C tinggi untuk membuat kulit anda bersih dan cerah dengan penjagaan antialergi pada sel kulit mati.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia