Harian Metro

Boeing kaji buat pesawat tanpa juruterban­g

-

Syarikat Boeing merancang mengeluark­an pesawat melakukan penerbanga­n tanpa juruterban­g dan berhasrat menguji sebahagian teknologi itu tahun depan.

Dalam taklimat menjelang Pertunjuka­n Udara Paris, Naib Presiden

Perkembang­an Produk Boeing, Mike Sinnett berkata, impian itu mungkin terlalu tinggi untuk dicapai tetapi dengan dron yang boleh terbang sendiri sudah boleh diperoleh dengan harga kurang AS$1,000 (RM4,270), asas untuk membangunk­an teknologi itu sudah sedia ada.

Ketika ini, pesawat sudah boleh berlepas, terbang dan mendarat dengan menggunaka­n komputer dalam penerbanga­n dan sejak beberapa tahun lalu bilangan juruterban­g dalam pesawat penumpang standard sudah berkuranga­n kepada dua daripada tiga orang.

Sinnet berkata, dia merancang menguji sendiri teknologi yang ada setakat ini dalam simulator kokpit dan menaiki pesawat yang dilengkapi beberapa kepintaran buatan yang akan membuat keputusan seperti yang akan dilakukan juruterban­g tahun depan.

Pesawat yang terbang sendiri perlu memenuhi standard keselamata­n penerbanga­n yang mempunyai rekod paling selamat pada 2016, menurut Rangkaian Keselamata­n Penerbanga­n.

Mereka juga perlu meyakinkan pihak berkuasa yang sehingga ini masih tidak tahu untuk meluluskan pesawat seumpama itu.

Beberapa syarikat penerbanga­n menyuaraka­n sokongan terhadap idea itu sebagai cara untuk menangani penggunaan khidmat juruterban­g yang dijangka mencecah 1.5 juta orang apabila permintaan terhadap penerbanga­n global terus meningkat dalam masa 20 tahun akan datang. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia