Harian Metro

‘Misbun paling layak’

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

 Norza yakin legenda badminton itu mampu kembalikan reputasi pemain perseorang­an lelaki

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) percaya Datuk Misbun Sidek individu paling layak untuk memulihkan kembali kemerosota­n prestasi pemain perseorang­an lelaki negara selepas melantikny­a memegang semula jawatan ketua jurulatih acara berkenaan.

Menurut Presiden BAM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, legenda badminton negara itu sangat disegani setiap pemain termasuk Datuk Lee Chong Wei.

“Misbun tahu apa yang perlu dilakukan untuk menghasilk­an pemain perseorang­an lelaki terbaik dunia. Beliau juga mempunyai pengalaman melatih Chong Wei. Saya mahu seorang jurulatih yang sangat dihormati semua pemain termasuk Chong Wei,” katanya selepas Mesyuarat Jawatankua­sa Kejurulati­han dan Latihan (C&T) semalam.

Jurulatih berusia 57 tahun itu terkenal dengan reputasi cemerlang apabila membantu Chong Wei layak ke perlawanan akhir Sukan Olimpik buat kali pertama di Beijing pada 2008 sebelum meninggalk­an badan induk berkenaan pada 2011 kerana perbezaan pendapat.

Penstruktu­ran semula barisan kejurulati­han BAM yang diumumkan selepas mesyuarat semalam juga menyaksika­n Misbun bakal dibantu tiga jurulatih lain membabitka­n Hendrawan, Indra Wijaya dan Sairul Amar Ayob.

“Kami memerlukan ekosistem dengan semua pihak sentiasa bekerja untuk mencapai sasaran ditetapkan. Beberapa minggu sebelum ini saya berdepan detik genting bersama Pengarah Teknikal Morten Frost Hansen dalam menyediaka­n struktur serta sasaran baru sehingga 2020.

“Saya mahukan suasana harmoni dan disebabkan itu, individu seperti Frost, Chong Wei serta yang lain harus mempunyai kesanggupa­n untuk bekerjasam­a. Lupakan perkara yang lalu.

“Mengenai KPI (Indeks Petunjuk Prestasi) semua pihak sedar apa yang perlu dicapai. Kita memerlukan sistem yang agresif,” katanya.

Perubahan lain dalam struktur kejurulati­han baru menyaksika­n bekas jurulatih perseorang­an lelaki, Tey Seu Bock menggalas jawatan sebagai ketua jurulatih perseorang­an wanita sambil dibantu Rony Agustinus.

Cheah Soon Kit pula memegang jawatan ketua jurulatih beregu lelaki dengan dibantu Jeremy Gan dan Rosman Razak, manakala Wong Pei Tty menggalas tugas selaku ketua jurulatih beregu wanita. Pembantuny­a pula ialah Lim Pek Siah dan Hoon Thien How.

Bahagian beregu campuran menyaksika­n Chin Eei Hui memegang jawatan ketua jurulatih, dibantu Pang Cheh Chang dan bekas pemain beregu lelaki, Teo Kok Siang.

Ditanya mengenai kontrak Misbun dan tarikh beliau mula bertugas, Norza berkata beberapa perkara masih dalam perbincang­an serta menjangkak­an legenda badminton negara itu akan memulakan tugas bulan depan.

 ?? FOTO:
LUQMAN HAKIM ZUBIR ?? NORZA (kanan) dan Frost ketika sidang media selepas mesyuarat jawatankua­sa kejurulati­han dan latihan di Akademi Badminton Negara, Bukit Kiara.
FOTO: LUQMAN HAKIM ZUBIR NORZA (kanan) dan Frost ketika sidang media selepas mesyuarat jawatankua­sa kejurulati­han dan latihan di Akademi Badminton Negara, Bukit Kiara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia