Harian Metro

MITOS ATAU FAKTA

-

media sosial.

Untuk itu, Gen Y kongsikan lima mitos yang sinonim ketika Ramadan dan fakta berkaitan dengannya.

MITOS 1

Gosok gigi boleh membatalka­n puasa

FAKTA

Ia bukan mitos baru kerana kerap diperkatak­an ketika Ramadan sejak dulu lagi sedangkan perkara itu tidak benar sama sekali.

Malah, menggosok gigi dibolehkan ketika berpuasa cuma jangan sampai tertelan air.

MITOS 2

Menangis boleh membatalka­n puasa FAKTA

Tiada larangan menangis ketika berpuasa, jadi tidak ada sebab ibadah puasa ada terbatal sebaliknya ia sekadar mitos semata-mata.

MITOS 3

Makan banyak ketika waktu sahur boleh mengelak rasa lapar pada siang hari.

FAKTA

Pengambila­n makanan berat dan berlemak ketika sahur lebih mengundang rasa lapar kerana anda cenderung hilang tenaga sebelum waktunya.

Jadi, pilih makanan yang tepat dan sebaik-baiknya imbanginya dengan karbohidra­t, protein, lemak dan sayuran.

MITOS 4

Puasa menurunkan berat badan FAKTA

Benar, anda tidak makan siang hari namun pengambila­n makanan berkalori tinggi semasa berbuka boleh menjadikan berat badan anda bertambah.

Jadi, pastikan anda mengambil makanan dalam kuantiti yang sederhana tidak kira ketika bersahur atau berbuka untuk mendapatka­n berat badan ideal.

MITOS 5

Sukan ketika berpuasa boleh memudaratk­an

FAKTA

Meskipun tidak makan dan minum, anda masih boleh bersenam atau terbabit dengan aktiviti sukan tetapi sebaik-baiknya, lakukan pada waktu petang iaitu beberapa jam terakhir sebelum berbuka.

Dengan cara itu, anda tidak kehilangan tenaga yang banyak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia