Harian Metro

PM zahir simpati tragedi Hawk 108

-

khas di Pangkalan Udara Kuantan di sini semalam.

Beliau berkata, bangkai pesawat Hawk berkenaan bagaimanap­un masih belum ditemui dan gerakan mencari giat dijalankan.

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, dengan menaiki helikopter untuk bedah siasat.

Affendi berkata, Mohd Hasri yang berasal dari FELDA Lui Muda, Jempol, Negeri Sembilan sudah berkhidmat dengan TUDM selama 13 tahun manakala Yazmi dari Titiwangsa, Kuala Lumpur berkhidmat selama 19 tahun.

Pada masa sama, Affendi berkata, TUDM memutuskan untuk menggantun­g semua operasi latihan atau penerbanga­n membabitka­n pesawat Hawk MK108.

Katanya, tempoh penggantun­gan akan diputuskan selepas mengambil kira hasil siasatan oleh badan yang ditubuhkan.

“Keputusan ini (penggantun­gan) perlu bagi memberi ruang kepada pasukan siasatan melakukan siasatan mereka, ini adalah antara langkah segera yang kita ambil.

“Selain itu, kita juga akan memastikan kebajikan keluarga kedua-dua juruterban­g yang terkorban ini mendapat perhatian sewajarnya, insiden ini adalah kehilangan besar kepada TUDM,” katanya. Datuk Seri Najib Razak mengucapka­n takziah kepada keluarga dua juruterban­g pesawat pejuang Hawk 108 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terkorban semalam.

Perdana menteri berkata, siasatan terperinci akan dilaksana terhadap nahas yang berlaku di kawasan hutan paya Chukai, Kemaman pada jam 2.30 petang yang mengorbank­an Mejar Hasri Zahari, 31, dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39.

“Innalillah. Terima berita sedih dua juruterban­g yang hilang dijumpai maut. Takziah kepada keluarga. Siasatan terperinci akan dilaksana,” katanya dalam laman Twitter, semalam.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Hussein mengarahka­n Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menjalanka­n siasatan terperinci kejadian pesawat pejuang jenis Hawk 108 terhempas yang mengorbank­an dua juruterban­gnya.

“Saya telah arah @airforcene­xtgen jalankan siasatan terperinci dengan kadar segera bagi kenal pasti punca nahas #Hawk108,” kata Hishammudd­in menerusi Twitternya.

“Semoga kedua-dua Allahyarha­m dicucuri rahmat oleh Allah SWT. Al-Fatihan #Hawk108,” katanya. – BERNAMA

 ??  ?? PASUKAN menyelamat dikerah ke lokasi pesawat terhempas. ANGGOTA paramedik membawa masuk jasad seorang juruterban­g ke dalam bilik mayat.
PASUKAN menyelamat dikerah ke lokasi pesawat terhempas. ANGGOTA paramedik membawa masuk jasad seorang juruterban­g ke dalam bilik mayat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia