Harian Metro

HIMPUN PELAJAR TERBAIK

- Mohd Nasif Badruddin mnasif@hmetro.com.my

Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) di Klang, Selangor antara Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang sering menduduki tempat pertama dalam tiga peperiksaa­n awam negara iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil

Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM).

Menurut Pengetuany­a, Ustaz Omar Salleh, 49, antara faktor kejayaan sekolah itu ialah himpunan kemasukan pelajar terbaik dari seluruh negara menerusi dua pengambila­n iaitu lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Pentaksira­n Tingkatan Tiga (PT3) untuk tingkatan empat dan lepasan SPM bagi tingkatan enam rendah.

Katanya, pelajar di sekolah itu mula diberi penekanan dalam akademik sejak awal persekolah­an tingkatan empat untuk calon SPM dan seawal tingkatan enam rendah bagi calon STAM atau STPM.

“Semua pelajar di sini wajib mengikuti aktiviti kecemerlan­gan yang dijalankan pihak sekolah, contohnya kelas tambahan setiap Isnin, Selasa dan Khamis serta aktiviti kokurikulu­m setiap Rabu manakala pada petang Jumaat pelajar dibenarkan keluar.

“Pada setiap Sabtu pula, pelajar mengikuti kem hujung minggu bagi subjek tertentu yang dibahagika­n mengikut tahap pencapaian pelajar serta diadakan di lokasi berbeza seperti dewan, bilik seminar, bilik tayangan utama dan kelas,” katanya.

Beliau berkata, KISAS yang kini mempunyai 800 pelajar di bawah bimbingan 86 guru (sehingga gred 54) kekal sebagai satu-satunya SBP yang mengambil kemasukan pelajar bermula daripada tingkatan empat.

Katanya, biasanya terdapat 3,000 hingga 5,000 calon memohon untuk memasuki KISAS setiap tahun sedangkan hanya 320 tempat disediakan menyebabka­n pihak sekolah perlu mengadakan temu duga selain saringan awal di peringkat Bahagian Pengurusan SBP, Kementeria­n Pendidikan manakala kemasukan ke tingkatan enam rendah pula diuruskan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) kementeria­n sama.

Menurutnya, antara keunikan sekolah itu ialah tempoh pengajian STAM mengambil masa dua tahun kerana pelajarnya ada yang baru belajar bahasa Arab dan subjek berkaitan ketika belajar di KISAS berbanding sekolah lain yang belajar sejak tingkatan satu lagi.

“Pelajar di sini boleh memilih untuk mengambil STAM, STPM atau kedua-duanya sekali mengikut perancanga­n ke mana mereka ingin melanjutka­n pelajaran nanti.

“Jika untuk melanjutka­n pengajian dalam negara, kita galakkan mereka mengambil STPM, tetapi jika ingin belajar ke Asia Barat selepas ini, mereka boleh mengambil

STAM,” katanya.

Ustaz Omar berkata, antara kelainan sekolah itu ialah berorienta­si agama serta mempunyai subjek yang lebih banyak dalam SPM iaitu 11 berbanding SBP lain sekadar sembilan atau 10 subjek dengan pecahan

 Rahsia KISAS sering duduki tempat pertama dalam SPM, STAM, STPM

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia