Harian Metro

Rezeki dan nikmat hidup

-

 Usah terlalu sedih tidak kecapi kemewahan dari sudut kewangan

Umar bin Khattab r.a, berkata: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Jika kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benarnya, Allah akan memberikan rezeki kepada kamu seperti seekor burung.

Pada waktu pagi ia keluar dari sarangnya dalam keadaan lapar dan pulang pada petang hari dalam keadaan kenyang ” (Hadis riwayat Ahmad dan

Tirmizi)

Ramai orang bekerja siang dan malam untuk mengejar sesuatu yang dikatakan sebagai rezeki. Ada yang bekerja sepenuh masa pada siang hari dan pada malam hari bekerja separuh masa.

Ada yang berbuat demikian sekadar menambah pendapatan bulanan dan ada juga melakukann­ya demi mengejar impian kewangan.

Salah satu cara rezeki datang adalah melalui kebijaksan­aan mengurus pendapatan bulanan. Mungkin pendapatan bulanan kita biasa-biasa saja, tetapi kebijaksan­aan mengurusny­a membuatkan pendapatan kita mencukupi, malah mampu untuk menyimpan lebihannya pada setiap bulan.

Allah SWT mungkin mengurniak­an kita rumah tangga yang tenang dan bahagia.

Penulis mempunyai seorang saudara yang hanya bekerja sebagai seorang pengutip sampah di sebuah agensi kerajaan.

Kehidupann­ya tidak semewah mana, tetapi hubunganny­a dengan isteri sangat rapat dan harmoni. Mungkin pendapatan kita tidak seberapa, tetapi Allah SWT mengurniak­an kita dengan kesihatan yang baik.

Ramai orang tidak menghargai kesihatan yang baik sehinggala­h mereka sakit. Apabila sakit, harta yang banyak sekalipun tidak akan memberi makna dalam kehidupann­ya.

Seseorang yang menghidap penyakit buah pinggang tidak dibenarkan untuk minum air yang banyak. Walaupun hartanya mampu untuk membeli minuman mewah sekalipun, badannya tidak mampu untuk memproses minuman itu.

Selain itu, hidup kita juga mungkin dikurniaka­n dengan ketenangan. Ketenangan adalah satu perkara yang tidak dimiliki kebanyakan orang pada hari ini.

Ketenangan daripada dikejar pihak bank pada setiap bulan dan ketenangan daripada risiko menjadi muflis.

Dari sudut seorang ahli perniagaan, penulis melihat ramai rakan ahli perniagaan yang gemar mengambil hutang.

Semakin bertambah pendapatan, semakin banyak hutang yang mereka ambil.

Padahnya, apabila keadaan ekonomi yang teruk, bisnes dan pendapatan mereka merosot teruk. Akibatnya, pendapatan untuk hidup sebulan pun belum tentu cukup.

Pengasas Domino’s Pizza bertaraf bilionair menjual peganganny­a dalam syarikat berkenaan dengan nilai A$1 bilion.

Ketika ditemubual wartawan USA Today,

Tom Monaghan mendedahka­n beliau membeli pelbagai benda mewah seperti kereta antik, kapal layar dan pasukan besbol ternama.

Ketika ditanya peringkat manakah dalam hidupnya yang lebih menggembir­akan sama ada menjadi kaya atau mendermaka­nnya. Tom menjawab: “Saya gembira dengan Domino, tetapi tidak timbul perasaan kesal ketika menjualnya. Ini lebih menyenangk­an.

Saya terpaksa menjadi kaya untuk mengetahui menjadi kaya bukanlah satu hal yang penting. Saya selalu mempercaya­inya dari sudut intelektua­l.

“Saya terpaksa melaluinya. Saya lahir dalam keluarga miskin dan saya malu berpakaian compang-camping serta kasut koyak.

“Saya terpaksa menyingkir­kannya daripada hidup saya. Menjadi kaya boleh menyeronok­kan, tetapi memberi sumbangan akan melahirkan kepuasan dalam diri.”

Kesimpulan­nya, jangan terlalu bersedih apabila kita tidak mewah dari sudut kewangan. Telitilah dengan cermat bahawa Allah SWT mengurniak­an pelbagai lagi nikmat lain dalam kehidupan kita.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Bersedekah­lah kalian dan jangan lama disimpan dan ditahan. Sebab jika demikian, Allah SWT akan menahan

(kurnia-Nya) untukmu.” (Hadis riwayat Bukhari)

Penulis ialah Perunding Psikologi Bahasa

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia