Harian Metro

Nhaveen dah tiada...

- Hadzlihady Hassan dan Rudy Syareme Sheriffudi­n am@hmetro.com.my

Remaja lelaki yang dipercayai menjadi mangsa buli dan liwat, T Nhaveen, 18, meninggal dunia selepas enam hari bertarung nyawa di Hospital Pulau Pinang (HPP), di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, mangsa yang koma disahkan doktor menghembus­kan nafas terakhir pada jam 6 petang dan bedah siasat dilakukan malam tadi.

“Polis akan merujuk kes terbabit kepada Timbalan Pendakwa Raya dan kertas siasatan akan dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembang­an sama, Anuar berkata, pihaknya menahan semula dua remaja lelaki berusia 17 tahun selepas tempoh reman mereka berakhir semalam untuk siasatan susulan seorang mangsa lain berusia 19 tahun membuat laporan polis, kelmarin apabila mahu kes yang dilaporkan pada 5 Mei lalu disiasat semula.

Katanya, polis juga akan menahan tiga lagi suspek berusia 18 tahun sejurus perintah tahanan reman mereka berakhir hari ini untuk siasatan lanjut.

“Hasil semakan mendapati mangsa (19 tahun) pernah membuat laporan polis selepas mendakwa dipukul dan diperas semua suspek sama.

“Siasatan mendapati semua suspek itu terbabit dalam kes berkenaan dan kertas siasatan kes dibuka semula untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dalam pada itu, bapa saudara mangsa R Thiyagaraj­an berkata, ketika ini keluarga memerlukan ruang kerana masih terkejut dengan berita sedih atas pemergian mangsa.

“Kami akan berbincang dengan pihak hospital supaya mempercepa­tkan prosedur bedah siasat. Upacara penghormat­an terakhir dijangka dilakukan esok (hari ini), jika proses bedah siasat dapat diselesaik­an malam ini (tadi),” katanya ketika ditemui pemberita di HPP, di sini, malam tadi.

Tinjauan di pekarangan rumah mayat HPP mendapati lebih 100 ahli keluarga dan rakan mangsa turut hadir.

 ?? FOTO: MIKAIL ONG ?? MAYAT Nhaveen dibedah siasat di HPP, semalam. SHANTI tidak mampu menahan sebak selepas diberitahu anak tunggalnya maut selepas enam hari koma.
FOTO: MIKAIL ONG MAYAT Nhaveen dibedah siasat di HPP, semalam. SHANTI tidak mampu menahan sebak selepas diberitahu anak tunggalnya maut selepas enam hari koma.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia