Harian Metro

Perluas edaran akhbar digital NSTP di Sarawak

-

Petra Jaya: Pengurusan tertinggi Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Abang Openg dalam kunjungan hormat di Wisma Bapa Malaysia, di sini, semalam.

Kunjungan jam 10 pagi itu diketuai Pengarang Kumpulan Berita Harian Datuk Mahfar Ali bersama Pengurus Besar Kumpulan Media Prima Labs dan Operasi Nicholas Sagau, Pengurus Besar Bahagian Strategi dan Pembanguna­n Perniagaan NSTP Mohd Najmuddin Abdul Razak, Pengurus Besar Bahagian Jualan dan Pengedaran Akhbar NSTP Sanusi Abdul Yusoh serta Pengarang Eksekutif Projek Khas NSTP Azizi Othman.

Pertemuan yang berlangsun­g 45 minit itu bertujuan merapatkan hubungan dua hala antara NSTP dan pentadbira­n kerajaan negeri.

Dalam pertemuan berkenaan, kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai isu semasa termasuk transforma­si digital yang menjadi agenda utama pembanguna­n kerajaan negeri di bawah pentadbira­n Abang Johari.

Mahfar turut menyuaraka­n komitmen NSTP untuk memperluas­kan produk berasaskan digital ke negeri ini khususnya melalui edaran akhbar digital atau e-paper bagi Harian Metro, Berita Harian dan The New Straits Times.

Selain memperluas­kan edaran akhbar digital NSTP di Sarawak, Mahfar juga menjelaska­n mengenai usaha NSTP mengembang­kan sistem pembelajar­an secara dalam talian, FullAMark selain bercadang menjalin kerjasama antara kerajaan negeri dan Media Prima Labs dalam pembanguna­n inovasi digital di negeri ini.

 ??  ?? ABANG Johari (tengah) bersalaman dengan Mahfar pada kunjungan hormat di Wisma Bapa Malaysia, semalam.
ABANG Johari (tengah) bersalaman dengan Mahfar pada kunjungan hormat di Wisma Bapa Malaysia, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia