Harian Metro

Tonik karut tahan lemah puasa

- Fardy Bungga fardy@hmetro.com.my

 8 penagih dadah ditahan beri pelbagai alasan lepaskan diri

FAKTA 20 penunggang

motosikal diperiksa dalam operasi bersepadu

Bersahur dengan dadah kononnya untuk tahan berpuasa. Itu antara alasan ‘gila’ kumpulan penagih yang ditahan dalam operasi Ops Bersepadu di Plaza Tol USJ Lebuhraya Shah Alam (KESAS), kelmarin.

Dalam operasi jam 8.30 pagi itu, lapan penagih yang ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) cuba memberikan pelbagai alasan untuk melepaskan diri.

Semua penagih lelaki berusia lingkungan 23 hingga 39 tahun itu dikesan positif dadah hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan secara rawak terhadap 20 penunggang motosikal.

Pemangku Ketua Pegawai AADK Daerah Petaling, Shahrilniz­ar Nordin berkata, semua individu yang ditahan itu adalah penunggang dan pemandu kereta yang disyaki positif dadah.

Katanya, operasi selama dua jam itu membuktika­n penagih bukan lagi golongan yang terperap di rumah atau ‘port’ untuk menagih dadah.

“Golongan penagih ketika ini boleh menagih dadah sambil bekerja dan memandu kenderaan di jalan raya.

“Ini antara faktor yang boleh membahayak­an pengguna jalan raya lain disebabkan penagih terdedah kepada faktor kecuaian ketika memandu,” katanya.

Menurutnya, semua yang ditahan dikesan positif dadah jenis syabu dan ganja.

“Bagaimanap­un tiada sebarang dadah yang ditemui pada mereka. Semua penagih itu dibawa balik ke pejabat AADK Petaling untuk tindakan selanjutny­a dan kes disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983.

“Operasi yang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Siasatan Dan Penguatkua­saan Trafik Bukit Aman ini akan dilakukan dari semasa ke semasa selaras dengan usaha AADK membantera­s kegiatan penagihan habis-habisan.

“Selain membahayak­an pengguna jalan raya lain, kegiatan penyalahgu­naan dadah juga menyumbang kepada masalah sosial lain termasuk jenayah seperti samun dan ragut,” katanya.

 ??  ?? LAPAN penunggang motosikal positif dadah yang ditahan di Plaza Tol USJ Lebuhraya Shah Alam (KESAS).
LAPAN penunggang motosikal positif dadah yang ditahan di Plaza Tol USJ Lebuhraya Shah Alam (KESAS).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia