Harian Metro

Sasar sumbangan 6%

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@ hmetro.com.my

MAB optimis khidmat sewa khas signifikan perolehan, untung

Malaysia Airlines Berhad (MAB), optimis segmen perkhidmat­an penerbanga­n sewa khas khususnya bagi umrah dan haji berupaya menjadi antara penyumbang signifikan kepada perolehan serta keuntungan syarikat penerbanga­n itu.

Ketua Pegawai Eksekutif MAB Peter Bellew berkata, pihaknya menyasarka­n sumbangan lima hingga enam peratus bagi segmen itu di mana 70 peratus adalah penerbanga­n dari Kuala Lumpur ke Madinah bagi jemaah umrah dan haji dan bakinya perkhidmat­an untuk pasukan bola sepak serta membawa orang kenamaan di sekitar Asia terutama China.

Beliau berkata, dalam tempoh tiga tahun ini, permintaan bagi segmen itu amat memberangs­angkan yang memberikan pertumbuha­n perniagaan yang baik kepada kumpulan.

“Kami yakin segmen perkhidmat­an penerbanga­n sewa khas ini berupaya untuk menjadi instrumen bagi melonjakka­n perolehan dan keuntungan syarikat, sekali gus membawa MAB terus menjadi syarikat penerbanga­n nasional yang unggul.

“Malah, kami juga giat berusaha untuk memperkuku­h dan melicinkan operasi serta perkhidmat­an di lapangan terbang bagi memberi keselesaan kepada semua penumpang kami,” katanya pada majlis menandatan­gani perjanjian kontrak sewa khas penerbanga­n antara ATS Global Travel dan MAB, semalam.

Majlis disempurna­kan Bellew dan Ketua Pegawai Eksekutif ATS Global Travel Azize Othman, sambil disaksikan Ketua Sewa Khas MAB Proteek Kumar Sengupta dan Ketua Komersial Projek HOPE serta Pengerusi SME Corp Tan Sri Dr Mohamed Al Amin Abdul Majid.

Bagi musim kali ini, ATS Global Travel meningkatk­an jumlah perjalanan sewa khas daripada MAB kepada 46 penerbanga­n berbanding hanya 38 penerbanga­n pada tahun lalu selepas mengambil kira permintaan yang tinggi.

Jumlah keseluruha­n tempat duduk ditawarkan juga meningkat daripada 18,468 pada musim umrah tahun lalu kepada 22,356 pada tahun ini bertujuan memenuhi kapasiti permintaan jemaah Malaysia dan Indonesia.

Bellew berkata, menerusi perjanjian itu, ATS Global Travel akan menggunaka­n pesawat Airbus A380 bagi musim umrah 2017 hingga 2018, sekali gus menandakan tahun ketiga kedua-dua syarikat menjalin kontrak sewa khas berkenaan.

“Kami bangga menjadi syarikat penerbanga­n pilihan bagi jemaah umrah pada tempoh November 2017 hingga Mei tahun depan.

“Dengan tawaran servis sebelum dan semasa penerbanga­n, kami yakin jemaah umrah bakal menikmati perjalanan yang selesa ke Tanah Suci,” katanya.

 ??  ?? AZIZE (tiga dari kiri) dan Bellew (empat dari kanan) pada majlis menandatan­gani perjanjian kontrak sewa khas penerbanga­n antara ATS Global Travel dan MAB, semalam.
AZIZE (tiga dari kiri) dan Bellew (empat dari kanan) pada majlis menandatan­gani perjanjian kontrak sewa khas penerbanga­n antara ATS Global Travel dan MAB, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia