Harian Metro

Letupan depan tadika

- Agensi

Tujuh orang maut dan 66 lain cedera semalam akibat letupan yang menggegark­an sebuah tadika di timur China, semalam.

Dua mangsa dilaporkan mati di tempat kejadian serta-merta manakala lima lagi akibat kecederaan dialami. Sembilan daripada 66 mangsa cedera dilaporkan parah, lapor agensi berita Xinhua.

Gambar dimuat naik media China di Internet menunjukka­n wanita dan kanak-kanak duduk atau terbaring atas lantai dengan ada antara mereka berdarah.

Seorang wanita dilihat memeluk anaknya yang menangis.

Letupan berlaku di pintu masuk ke tadika itu ketika kanak-kanak meninggalk­an sekolah berkenaan pada jam 4.50 petang (waktu tempatan), lapor agensi berita Xinhua memetik pejabat kecemasan Xuhou.

Pegawai di balai polis Fengxian di wilayah Jiangsu berkata, punca kejadian masih disiasat.

“Ada kanak-kanak yang cedera,” katanya.

Apple Daily melaporkan 40 mangsa dimasukkan ke hospital.

Gambar dimuat naik di Internet menunjukka­n puluhan orang di luar bangunan tadika itu.

Ada yang terbaring di kaki lima konkrit dan kelihatan tidak sedarkan diri termasuk seorang kanak-kanak.

Letupan kuat itu turut menyebabka­n baju sebahagian

7 maut, 66 cedera akibat letupan pada akhir hari persekolah­an

mangsa koyak.

Seorang pemilik kedai memberitah­u Sohu: “Sekitar jam 5 petang kami mendengar letupan kuat yang dipercayai letupan gas dari kedai makanan berhampira­n.”

Sementara itu, polis Xuzhou menggesa pengguna media sosial cuma berkongsi maklumat diperoleh daripada saluran rasmi selepas segelintir mereka menyebarka­n video letupan pada April lalu yang didakwa memaparkan kejadian semalam.

Kejadian itu tragedi terbaru membabitka­n tadika di China.

Pada 9 Mei lalu, sebuah bas sekolah membawa murid tadika terbakar di dalam terowong di wilayah Shandong menyebabka­n 11 kanak-kanak, guru mereka dan pemandu kenderaan berkenaan maut.

Pihak berkuasa berkata, pemandu terbabit sengaja menyebabka­n kebakaran kerana berang gajinya dipotong.

 ??  ?? SEORANG wanita memeluk anaknya yang menangis manakala mangsa lain terbaring di kelilingny­a. - Daily Mail
SEORANG wanita memeluk anaknya yang menangis manakala mangsa lain terbaring di kelilingny­a. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia