Harian Metro

Malaysian Tigress bangkit benam Pinoke

-

Lumpur: Corak permainan Malaysian Tigress semakin menjadi menjelang saingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di Brussels, Belgium bermula 21 Jun ini apabila bangkit daripada ketinggala­n dua gol untuk menang 4-2 ke atas kelab Divisyen Satu Belanda, Pinoke pada aksi pemanas badan kedua semalam.

Keputusan itu sekali gus meneruskan aksi cemerlang skuad negara selepas turut mencatat kemenangan pada aksi pemanas badan pertama dengan menewaskan HIC 3-1.

Ketua jurulatih skuad wanita Muhammad Dhaarma Raj Abdullah menilai aksi anak buahnya dari sudut positif apabila bangkit dan kekal fokus meskipun ketinggala­n dua gol.

“Pada awalnya kami ketinggala­n 0-2 meskipun sering melakukan serangan dan menguasai perlawanan.

“Tapi pada suku ketiga kami berjaya memanfaatk­an semua peluang yang ada untuk menjadikan kedudukan semasa mendahului 3-2.

“Pada suku terakhir Wan Norfaiezah (Md Saiuti) menjaringk­an gol cantik menerusi gerakan solo untuk membolehka­n Malaysia mencatat kemenangan 4-2,” katanya.

Jelas Dhaarma, sesuatu yang menarik dapat menewaskan Pinoke selepas kedua-dua pasukan sekadar mencatat keputusan seri 1-1 pada siri Jelajah Eropah, Mac lalu.

Penyerang sensasi Hanis Nadiah Onn menjaringk­an gol pertama Malaysia minit ke-37 sebelum Fatin Shafika Mahd Sukri menambah gol kedua minit ke-41.

Fazilla Sylvester Silin mengukuhka­n kedudukan skuad negara dengan gol ketiga menerusi sudut penalti minit ke-47 sebelum Wan Norfaiezah melengkapk­an kemenangan Malaysian Tigress.

Skuad negara akan turun perlawanan pemanas badan ketiga bertemu kelab Hurley hari ini sebelum ke Brussels bagi menghadapi saingan sebenar Separuh Akhir Liga Hoki Dunia.

Pada suku terakhir Wan Norfaiezah (Md Saiuti) menjaringk­an gol cantik menerusi gerakan solo untuk membolehka­n Malaysia mencatat kemenangan 4-2”

Dhaarma Raj Abdullah

 ??  ?? DHAARMA (kanan) merencana strategi kepada anak buahnya.
DHAARMA (kanan) merencana strategi kepada anak buahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia