Harian Metro

TOT United C

- Mohd Badlishah Mohd Ali Badlishah@hmetro.com.my

 Wakil negara ke Sao Paolo, sertai Futsal Neymar Jr’s peringkat antarabang­sa

Skuad TOT United C sekali lagi membuktika­n mereka antara pasukan disegani dalam arena futsal negara apabila muncul juara Grand Final Kejohanan Futsal Neymar Jr’s peringkat kebangsaan di gelanggang futsal IM4U Sentral Puchong, baru-baru ini.

Pada aksi final, pertemuan TOT United C menentang RTG Badboyz penuh dramatik dan meriah. Perlawanan berakhir dengan kejuaraan milik TOT United C hasil kemenangan 2-0 jaringan Azwann Ismail.

Sebelum itu, pada aksi separuh akhir TOT United C tidak menghadapi masalah menewaskan GB B 5-0 manakala RTG Badboyz menerima tentangan hebat TOT United B untuk menang tipis 1-0.

Hasil kejayaan itu, TOT United C bakal membawa cabaran Malaysia dan diterbangk­an ke Sao Paolo, Brazil bagi menyertai Kejohanan Futsal Neymar Jr’s peringkat antarabang­sa yang membabitka­n penyertaan 52 negara.

Lebih menarik, bintang Brazil dan Barcelona Neymar dijangka turun padang bagi merasmikan sambil menyaksika­n kejohanan anjuran Redbull Internatio­nal itu.

Ini kali kedua TOT United C menyertai kejohanan sama tetapi aksi mereka tahun lalu sekadar berakhir di peringkat kumpulan.

Pemain yang membawa cabaran TOT United C ialah Hazizi Mansor, Azwann Ismail, Syed Aizad Daniel Syed Nasir, Mohammad Azri Rahman, Muhammad Hazreen Mohamad Ali, Abu Haniffa Hasan dan Mohamad Ali Mahat.

 ??  ?? PEMAIN TOT United C ceria selepas dinobat juara peringkat Grand Final di Puchong.
PEMAIN TOT United C ceria selepas dinobat juara peringkat Grand Final di Puchong.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia