Harian Metro

Pertarunga­n paling mahal

- AFP

 Mayweather, McGregor bertarung Ogos ini

Legenda tinju Floyd Mayweather dan ikon seni mempertaha­nkan diri campuran (MMA), Conor McGregor mengesahka­n rancangan untuk mengadakan pertarunga­n yang lama dinanti-nantikan semalam dalam apa yang dilihat sebagai satu daripada pertarunga­n paling mahal dalam sejarah.

Mayweather dan McGregor - jaguh sukan masing-masing - akan bertarung di gelanggang tinju berdepan satu sama lain di Arena T-Mobile di Las Vegas pada 26 Ogos ini.

Mayweather, 40, menyasarka­n untuk mencipta catatan 50-0 manakala McGregor

(gambar)

jelas peserta bukan pilihan dalam pertarunga­n tinju 12 pusingan. Kemenangan buat ikon MMA dari Ireland itu pasti satu kejutan besar.

“Floyd adalah peninju hebat sepanjang zaman dan Conor adalah jaguh sukan kami,” kata promoter MMA Dana White. “Saya fikir ia satu perjanjian yang mustahil untuk dilakukan, tapi ia pertarunga­n tepat pada masa tepat dan kami berjaya melaksanak­annya.”

Leonard Ellerbe, ketua eksekutif Mayweather Promotions berkata, peninju itu memutuskan untuk menamatkan persaraann­ya selama 23 bulan kerana panggilan untuk pertarunga­n itu sukar untuk diendahkan.

“Tidak ada tempat saya pergi bersama Floyd yang mana dia tidak ditanya soalan, ‘Floyd adakah anda akan bertarung dengan Conor McGregor?’ Semua yang Floyd fikirkan adalah bertarung dengan Conor McGregor dan mengalahka­nnya,” kata Ellerbe.

Mayweather mengumumka­n mengenai pertarunga­n itu dalam akaun Instagram miliknya dengan grafik tertulis “Ia sudah rasmi!!!” memperagak­an gambar kedua-dua atlet itu dan menyenarai­kan Las Vegas sebagai lokasi manakala McGregor mengepos Twitter lebih awal menyatakan “Pertarunga­n menjadi kenyataan.”

McGregor mengunggul­i carta tontonan berbayar dalam UFC manakala Mayweather mengaut wang yang banyak dalam beberapa pertarunga­n besar tinju, termasuk pertemuan dengan legenda Filipina, Manny Pacquaio dan bintang AS, Oscar De La Hoya.

Mayweather menerima AS$250 juta (RM1.06 bilion) bagi pertembung­annya dengan Pacquaio.

“Ada perasaan berlainan berbanding pertarunga­n dengan Pacquaio,” kata Ellerbe. “Ia adalah faktor yang tidak diketahui (bertarung dengan bintang MMA).”

Mayweather mahupun McGregor tidak bertarung tahun ini.

Mayweather bersara daripada tinju profesiona­l pada 2015 selepas menumbangk­an Andre Berto manakala McGregor (21-3), menewaskan Eddie Alvarez pada November 2016.

 ??  ?? MAYWEATHER
MAYWEATHER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia