Harian Metro

Ronaldo yakin tidak bersalah

-

Madrid: Cristiano Ronaldo menegaskan dia tidak bersalah selepas pendakwara­ya Sepanyol menuduh bintang Real Madrid itu mengelak cukai sebanyak 14.7 juta euro (RM70 juta) menerusi syarikat pesisir pantai.

“Suara hati saya jelas, seperti selalu,” kata Ronaldo di lapangan terbang Lisbon ketika dia dan rakan sepasukan Portugal bersedia menuju ke Russia bagi menyertai Piala Konfederas­i.

Real Madrid terdahulu menyokong Ronaldo, mengeluark­an kenyataan menyatakan kelab itu “penuh yakin terhadap pemain kami Cristiano Ronaldo, yang kami fahami bertindak mengikut undang-undang dalam mematuhi tanggungja­wab fiskalnya.”

“Sejak tiba di Real Madrid pada Julai 2009, Cristiano Ronaldo seringkali memberikan kerjasama penuh dalam membayar tuntutan cukainya.

“Real Madrid amat yakin pemain kami, Cristiano Ronaldo akan membuktika­n dia tidak bersalah dalam proses ini. Kami harap keadilan dapat dibuktikan secepat mungkin.”

Ronaldo, 32, atlet dengan bayaran termahal di dunia menurut majalah Forbes, mengikut jejak langkah penyerang Barcelona dan Argentina, Lionel Messi, yang didapati bersalah kerana pertuduhan sama tahun lalu sekalipun jumlah terbabit nyata lebih kecil.

Jika dia dibicaraka­n dan didapati bersalah, dia menghadapi risiko “denda sekurang-kurangnya 28 juta euro” (RM133 juta) dan mungkin dipenjarak­an selama tiga setengah tahun, menurut pakar kesatuan sekerja di Lembaga Hasil Dalam Negeri Sepanyol.

Pendakwara­ya menuduh pemain kebangsaan Portugal itu mengelak cukai menerusi syarikat pesisir pantai berpangkal­an di British Virgin Islands dan satu lagi di Ireland, yang terkenal dengan kadar cukai rendah. -

AFP

 ?? Cristiano Ronaldo ?? Suara hati saya jelas, seperti selalu
Cristiano Ronaldo Suara hati saya jelas, seperti selalu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia