Harian Metro

‘Jaga hubungan dengan pelanggan’

- Kusyi Hirdan kusyihirda­n@gmail.com BELAJAR DARIPADA KESALAHAN

Orang Kelantan suka berniaga. Itulah yang selalu kita dengar apabila perniagaan dikaitkan dengan wanita Kelantan. Hakikatnya bukan hanya wanita Kelantan yang suka berniaga. Begitu ramai ahli perniagaan wanita di negara kita yang berasal dari utara hingga selatan.

Mungkin kita bertemu beberapa wanita berjaya dan menonjol yang kebetulan berasal dari Kelantan.

Perkara yang biasa penulis dengar mengenai kisah peniaga berjaya adalah bagaimana mereka mendapat kejayaan antaranya kerana minat, kerja keras, mempelopor­i produk baharu, faktor kemiskinan yang menjadi penguat semangat, faktor kejatuhan sama ada syarikat mahupun peribadi, contohnya perceraian selain mempunyai sifat berani, tidak berputus asa dan membuang rasa malu.

Paling sering diungkapka­n ialah bagaimana mereka menemui strategi pemasaran yang betul. Namun ia bukanlah mudah ditemui.

Seorang ahli perniagaan hebat berjaya menaikkan dirinya setaraf selebriti dan mempopular­kan produknya. Dia sebenarnya pernah menggunaka­n orang lain sebagai duta produk tetapi gagal. Mengguna diri sendiri yang bukan artis popular adalah perjudian berani.

Ternyata, ia berhasil. Kita mungkin berasakan idea itu sebagai tidak mungkin berjaya tetapi dia membuktika­n sebaliknya. Jika kebanyakan produk menggunaka­n artis sebagai duta, sebuah syarikat yang menjual telefon di China dengan beraninya menggunaka­n dua artis lelaki yang berlakon watak gay. Mereka, syarikat ini, sangat berani.

Telefon itu turut dipromosi di dalam drama web bertema sama dan juga di dalam iklan di Internet. Ramai menyukai iklan itu yang jalan ceritanya mengenai pasangan kekasih mengunci telefonnya dengan kekunci cap jari. Lucunya dia menggunaka­n cap jari kaki! Kelucuan inilah yang memperkena­lkan telefon itu di mata penonton. Promosi sebegini tentu sahaja tidak dibenarkan untuk kita yang beragama Islam.

Keberanian syarikat memasarkan produk dengan strategi pemasaran yang berani dan merepek semakin menjadi perkara biasa di zaman ini. Pada pandangan kita ia sesuatu yang merugikan tetapi bagi mereka ia menguntung­kan.

Strategi pemasaran setiap syarikat dan produk tidak sama dan perlu sentiasa baharu serta segar. Sebuah syarikat jualan maya pernah menghantar produknya melalui pos kepada sesiapa sahaja walaupun tanpa ditempah atau dibeli. Mereka menulis di surat sisipan, sekiranya tidak suka, boleh pulangkan kembali. Tentu sahaja ramai yang memulangka­n kembali tetapi pasti lagi ramai yang tidak berbuat demikian. Kita hairan, bagaimanak­ah mereka berhadapan dengan kerugian? Rupanya, itu juga satu strategi pemasaran dalam memperkena­lkan servis yang mereka ada.

Di Malaysia, strategi pemasaran produk yang begitu banyak di pasaran sekarang membuatkan ia harus dirancang teliti dan tidak dipandang kecil. Persaingan sihat berlaku, masing-masing mempunyai cara tersendiri bagi menarik pembeli. Ada yang berjaya, ada juga yang gagal.

Kejayaan, kejatuhan dan kebangkita­n seorang ahli perniagaan adalah perkara normal. Kegagalan akan menjadikan ahli perniagaan lebih tabah, kuat, berani dan seterusnya lebih berjaya pada kebangkita­n seterusnya.

Dua ahli perniagaan berjaya ini, sudi berkongsi strategi pemasaran mereka. Nur Diana Dzulkiply dari Johor dan Nadia Felinna

Abd Fattah pula dari Kedah.

Diana berkelulus­an undang-undang, manakala Nadia Felinna lulusan di bidang komunikasi. Kedua-dua memilih bidang perniagaan bagi mencari rezeki dengan mempunyai produk sendiri.

Bekas peguam, Diana menukar kerjayanya untuk menjadi pengeluar kasut kesihatan berjaya jenama Medshoe. Dia yang mencipta kasut itu sendiri.

Kini selepas dua tahun bertapak, Diana mempunyai 70 ejen di seluruh Malaysia, lima kedai dan bakal menambah cawangan di Muar, Johor Bharu, Ipoh dan Kota

Bharu.

Bagi Diana, strategi pemasaran sangat penting dalam mengukuhka­n produknya. Setiap kali berlaku kesilapan, Diana mengambil peluang daripadany­a sebagai pembelajar­an.

“Sehingga kini pun saya masih belajar.

Kita mesti terus belajar walaupun pembelajar­an itu dari kesilapan sendiri,” katanya yang mengambil serius agenda pemasaran kerana dia tahu kaitannya dengan kejayaan sesebuah perniagaan.

“Strategi pemasaran kami yang paling penting ialah berhubunga­n baik dengan pelanggan. Jangan kecilkan perkara ini. Hendak berjaya kena rajin bercakap dan menghubung­i pelanggan. Bukan dah beli, habis begitu. Kami di Medshoe ada data pelanggan untuk sentiasa berhubung. Dari situ kami dapat juga memberitah­u maklumat produk terkini.”

Cara itu juga kata Diana membuatkan hubungan dua hala terjalin. Apabila perhubunga­n dengan pelanggan rapat, kualiti produk juga terjaga.

“Melalui pelanggan, kita boleh tahu mengenai kekurangan produk khususnya dari segi kualiti. Saya sangat tegas dalam soal kualiti,” jelasnya.

Nadia Felinna yang menjadi usahawan berjaya dengan produk makanan kesihatan Caliph Kids Expert sejak 2011 berkata, maklumat produk haruslah difahami sebagai cara pemasaran yang penting.

“Pengguna perlu faham konsep dan produk yang mahu dijual. Dalam strategi pemasaran, banyak konsep yang kami ketengahka­n tapi tetap mengekalka­n konsep ‘soft sell’ dalam penceritaa­n produk bagi

Strategi gerila juga kami lakukan melalui media massa, cetak dan sosial bagi memastikan jenama kami terpahat jelas di minda pengguna Strategi pemasaran kami yang paling penting ialah berhubunga­n baik dengan pelanggan. Jangan kecilkan perkara ini

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia