Harian Metro

Raya bersama Upin & Ipin

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

 Jaya Shopping Centre rai pengunjung kanak-kanak dengan maskot watak animasi

Jom Raya Bersama Upin dan Ipin! Itu tema pilihan sempena lebaran tahun ini di Jaya Shopping Centre.

Sebagai pusat beli-belah yang mementingk­an komuniti kejiranan dan keluarga dengan anak kecil, tema ini sesuai kerana mereka boleh bertemu watak animasi kegemaran ramai itu di Jaya Shopping Centre.

Dekorasi berhias indah di aras bawah pusat beli-belah tertumpu kepada rumah Opah Upin & Ipin di kampung halaman mereka.

Rumah itu menjadi tarikan dengan pelbagai aktiviti utama seperti sesi bersua maskot Upin & Ipin, bergambar dan persembaha­n kebudayaan.

Selain itu, ada lapan gerai hari raya dengan rekaan seperti pondok kampung untuk memeriahka­n lagi suasana Syawal di Jaya Shopping Centre.

Atrium turut dihiasi kilauan lampu bintang yang melambangk­an keindahan langit Ramadan dan Syawal.

Istimewa buat pelanggan, mereka juga dapat menebus sampul Raya Upin & Ipin yang terhad dengan perbelanja­an minimum RM150 manakala bagi yang berbelanja RM250 dan ke atas layak menebus satu set periuk teh (teko dan dua cawan).

Jaya Shopping Centre turut menganjurk­an peraduan digital menerusi laman Facebook apabila pelanggan berpeluang memenangi baucar hadiah dari kedai Nosh Up, The Ballroom, Good Food & Co dan beberapa kedai lain.

Selain itu, ada bazar raya dengan jualan pelbagai kuih dan biskut, aksesori, pakaian tradisiona­l dan banyak lagi dari 8 hingga 17 Jun ini yang berlangsun­g di aras bawah.

Pelanggan boleh membeli karpet rekaan khas dari Parsi, India dan Bangladesh serta perabot kayu eksklusif.

Sementara itu, Jaya Shopping Centre turut menganjurk­an Majlis Berbuka Puasa dengan Rumah Telaga Kasih, Kota Damansara dan memberi mereka peluang menyaksika­n tayangan filem Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng yang ditaja TGV Cinemas diikuti jamuan Buka Puasa Hari Raya tajaan Chili’s dan TOSSED.

Pengunjung kanak-kanak juga berpeluang bertemu Upin & Ipin dan membeli-belah di Jaya Shopping Centre.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.jayashoppi­ngcentre.my atau Facebook, jayashoppi­ngcentre.

 ??  ?? RUMAH Opah Upin & Ipin yang menghiasi suasana raya di Jaya Shopping Centre.
RUMAH Opah Upin & Ipin yang menghiasi suasana raya di Jaya Shopping Centre.
 ??  ?? SET teko dan dua cawan eksklusif bagi pelanggan yang berbelanja RM250 ke atas di Jaya Shopping Centre.
SET teko dan dua cawan eksklusif bagi pelanggan yang berbelanja RM250 ke atas di Jaya Shopping Centre.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia