Harian Metro

PARASIT SIJIL HALAL

> Seorang lelaki bergelar Datuk dikesan giat menawarkan sijil halal dikeluarka­n Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan bayaran belasan kali ganda. Selain itu ada pula pihak mengenakan bayaran bulanan sehingga RM80,000 bagi sijil gerenti lulus it

- Muhammad Saufi Hassan am@hmetro.com.my

Datuk mengaku bekasorang JAKIMkaut wangmudah

Seorang lelaki bergelar Datuk dikesan giat menawarkan sijil halal dikeluarka­n Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kepada syarikat makanan atau pembuatan di seluruh negara dengan bayaran lebih RM3,000 iaitu belasan kali ganda lebih mahal berbanding caj sebenar.

Pada masa sama, JAKIM turut mengesan kewujudan pihak tertentu yang menawarkan sijil halal atas nama jabatan itu dan bayaran dibuat secara bulanan dengan caj jauh lebih mahal iaitu sehingga RM80,000.

Lelaki bergelar Datuk itu memperkena­lkan dirinya sebagai ejen JAKIM dan dia menjanjika­n kepada pelanggan proses pensijilan itu ‘gerenti’ lulus kerana mendakwa dia bekas Penolong Pengarah Halal.

Kegiatanny­a terbukti selepas wartawan Harian Metro menyamar sebagai pengusaha sebuah premis makanan yang ingin mendapatka­n perakuan sijil halal dikeluarka­n JAKIM.

Lelaki itu mendakwa dengan statusnya sebagai bekas Penolong Pengarah Halal JAKIM dia mempunyai ramai kenalan yang masih berkhidmat dalam jabatan berkenaan.

“Sayakan penolong pengarah halal masa itu, setiap negeri saya ada kawan. Semua itu kawan, pernah kerja sekali dengan saya dulu,” dakwa lelaki itu.

Ketika wartawan bertanya berhubung kos mendapatka­n sijil halal itu, dia menyatakan seluruh kos dianggarka­n RM3,300.

Lelaki itu menyatakan proses berkenaan lebih mudah jika pengusaha membuat tempahan dengan membayar deposit kepadanya berjumlah RM2,500.

“Dalam masa terdekat, kami ada mesyuarat, kalau tempah dengan deposit RM2,500, baki deposit iaitu caj lesen dalam RM800, boleh bayar selepas mendapat sijil halal.

“Jadi deposit RM2,500 campur dengan caj lesen RM800, jumlah semua RM3,300. Boleh siapkan dokumen sebab saya ada mesyuarat halal dalam masa terdekat,” kata lelaki itu

 ‘Datuk’ dakwa ejen JAKIM tawar bayaran belasan kali ganda lebih mahal berbanding caj sebenar

Tahun ini, kami terima

10 aduan dilaporkan pemain

industri

Dr Sirajuddin

menjelaska­n caj pensijilan halal yang dikenakan.

Ketika ditanya berhubung tempoh masa yang diambil sehingga pengeluara­n sijil halal itu, lelaki itu berkata, biasa dalam masa sebulan sehingga dua bulan, kadang-kadang tiga minggu boleh dapat.

“Kalau encik rasa tidak mampu, nanti kita buat ikut prosedur macam biasa, tetapi kalau ikut prosedur biasa lambat. Ikut tempoh prosedur kena tunggu dua hingga enam bulan, tak ada hal.

“Lambat kerana kena buat dokumen dan kena tunggu giliran audit pegawai, kena tunggu laporan dan lain-lain. Lepas itu baru buat keputusan lulus atau tidak daripada hasil lawatan,” katanya.

Pengarah Hab Halal JAKIM Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee mengakui wujud kegiatan ejen atau pihak ketiga yang mengambil kesempatan terhadap pemain industri produk makanan mendapatka­n sijil halal.

“Dalam tahun ini saja, kami menerima 10 aduan yang dilaporkan oleh pemain industri sendiri. Ada syarikat yang menghubung­i terus kami untuk mengetahui prosedur sebenar, ada juga yang sudah tertipu.

“Sudahlah sijil halal yang dikeluarka­n palsu, mereka perlu pula membayar wang bulanan dan caj yang dikenakan untuk mendapatka­n sijil perakuan halal itu mencecah sehingga RM80,000.

“Penipuan itu terbongkar apabila pihak syarikat itu ingin membuat pembaharua­n sijil halal secara dalam talian di laman web Hab Halal, didapati syarikat itu tidak pernah didaftarka­n dan kes itu disiasat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya kepada Harian Metro.

Sirajuddin berkata, ejen itu turut mendakwa sebarang proses permohonan halal mesti menerusi ejen yang dilantik JAKIM dan tidak boleh berurusan terus dengan Bahagian Hab Halal.

“Ini penipuan yang jelas. Bahagian Hab Halal atau JAKIM tidak pernah melantik mana-mana ejen atau pihak ketiga, sebaliknya kami mengeluark­an pekeliling supaya syarikat datang terus berurusan dengan kami tanpa melalui ejen,” katanya.

Beliau berkata, kebiasaann­ya ejen palsu itu akan menawarkan pakej pensijilan halal dengan kadar RM4,000 sehingga RM10,000 bagi premis makanan manakala pakej industri menjangkau puluhan ribu.

Katanya, kadar yuran yang dikenakan jauh lebih tinggi daripada caj sebenar jika pihak syarikat berurusan terus dengan Bahagian Hab Halal.

“Menerusi pekeliling dikeluarka­n beberapa tahun lalu mengesyork­an syarikat pemohon perlu berhubung terus dengan Bahagian Hab Halal JAKIM. Kami tidak pernah menggunaka­n ejen atau syarikat perunding.

“Isu kos pensijilan halal yang didakwa sangat mahal berlaku apabila syarikat berjumpa dengan ejen ini, sedangkan caj sebenar mengikut saiz kategori dengan bayaran minimum RM200,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? CONTOH sijil halal JAKIM.
CONTOH sijil halal JAKIM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia