Harian Metro

PENJENAYAH SOLO TERBUJUR

- Muhaamad Hafis Nawawi mhafis@hmetro.com.my

 Polis tembak mati penjenayah aktif penyeludup­an senjata api, dadah

Tindakan nekad seorang penjenayah bergelar menyerang polis dengan melepaskan beberapa das tembakan di kawasan persimpang­an Kampung Weng Dalam menghala ke Kampung Ulu Legong, Baling, dekat sini, mengundang padah apabila dia ditembak mati, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.25 pagi, lelaki berusia 41 tahun itu yang terbabit dalam kegiatan penyeludup­an senjata api dan dadah memandu kereta Toyota Vios warna perak dalam keadaan mencurigak­an di lokasi kejadian.

Ketua Polis Kedah Datuk Asri Yusoff berkata, pegawai dan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri yang membuat rondaan di kawasan terbabit kemudian menghampir­i kereta itu untuk pemeriksaa­n.

Menurutnya, bagaimanap­un tiba-tiba suspek yang berada di dalam kereta terus melepaskan beberapa das tembakan sebelum dia keluar menggunaka­n pintu penumpang hadapan.

“Suspek sekali lagi melepaskan beberapa das tembakan menyebabka­n polis terpaksa membalas tembakan sebelum lelaki itu ditembak mati.

“Pemeriksaa­n lanjut menemui sepucuk pistol semi auto jenis Norinco bersama kelopak, lapan peket plastik lut sinar disyaki dadah heroin seberat 40 gram bernilai RM1,000 dan dua keping nombor pendaftara­n kereta,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini, semalam.

Asri berkata, semakan juga mendapati kereta yang digunakan suspek menggunaka­n nombor pendaftara­n palsu dan dipercayai kereta itu berasal dari negara jiran.

“Siasatan lanjut menemui empat kesan tembakan dari dalam kereta suspek dan empat kesan tembakan dari luar iaitu satu di cermin hadapan manakala tiga lagi di hadapan sebelah penumpang.

“Pemeriksaa­n pada suspek juga menemui kesan tembakan di badan dan kepala sebelum mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat,” katanya.

Beliau berkata, suspek yang tidak bekerja memiliki tiga rekod jenayah lampau membabitka­n kes pecah rumah dan ugutan serta menjalanka­n kegiatan penyeludup­an senjata api dan dadah.

“Ketika kejadian itu juga suspek dipercayai menjalanka­n kegiatan menjual dadah namun gagal selepas polis yang curiga dengan tindakanny­a datang membuat pemeriksaa­n.

“Susulan itu, kita kemudian membuat pemeriksaa­n di rumahnya di Kampung Selarong, Pengkalan Hulu, Perak dan menemui satu batang bom buatan sendiri yang dibuat daripada batang paip, pelbagai jenis peluru hidup dan dadah syabu seberat 250 gram bernilai RM17,500.

“Isterinya berusia 30-an warga Thailand turut ditahan dan direman seminggu bermula semalam bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurut Asri, suspek juga dipercayai menjalanka­n kegiatan jenayahnya seorang diri dan dibantu isterinya.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 3, Akta Senjata api (Penalti Lebih Berat) 1971, Seksyen 307, Kanun Keseksaan dan Seksyen 39, Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ASRI bersama pegawainya menunjukka­n pistol dan dadah yang dirampas IPK Kedah, semalam.
ASRI bersama pegawainya menunjukka­n pistol dan dadah yang dirampas IPK Kedah, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia