Harian Metro

BANJIR KILAT

‘Kepala air’ landa kampung Hanyut bersama motosikal

- Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@hmetro.com.my

 Lebih 100 rumah tenggelam Sungai Langat melimpah

Hulu Langat

Banjir besar yang berlaku di daerah Hulu Langat kelmarin, tidak ubah seperti fenomena ‘kepala air’ apabila bencana berlaku amat pantas dan menenggela­mkan lebih 100 rumah di sepanjang Sungai Langat bermula dari Batu 23 hingga Batu 9, di sini.

Penduduk Taman Nanding, Batu 14 1/4, di sini, Mohamad Rizal Luddin, 40, berkata, banjir mula melimpah memasuki rumah keluargany­a selepas hujan berhenti.

Menurutnya, hujan lebat mulai jam 2 petang sehingga 4 petang namun tiada banjir berlaku ketika itu.

“Namun kira-kira jam 6 petang, air banjir mula memasuki rumah sehingga mencecah paras lutut. Banjir yang berlaku amat pantas dan tidak ada apa yang dapat dilakukan.

“Keadaan menjadi kelam-kabut apatah lagi kami ketika itu hampir waktu berbuka puasa,” katanya ketika ditemui, semalam.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, kejadian menyebabka­n 440 mangsa membabitka­n 111 keluarga terjejas.

“Antara kawasan yang dinaiki air adalah Kampung Sungai Serai, Kampung Batu 13, Taman Nanding, Pekan Batu 14, Masjid Batu 16, Dusun Tua, Dusun Tua Seberang, Kampung Batu 17, Balai Polis Batu 18,

Kampung Jawa, Kampung Tanjung, Pekan Batu 18, Kampung Kuala Perdik, Kampung Haji Hasaan, Kampung Kelubi dan

Sungai Lui di sini.

“Taburan hujan luar biasa dari hulu sehingga hilir sungai menyebabka­n air Sungai Langat dan anak sungai iaitu Sungai Lui, Sungai Perdik,

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PENDUDUK meredah banjir sambil membawa juadah berbuka.
PENDUDUK meredah banjir sambil membawa juadah berbuka.
 ?? Mohamad Rizal ?? Kira-kira jam 6 petang, air banjir mula memasuki rumah sehingga mencecah paras lutut. Banjir yang berlaku amat pantas dan tidak ada apa yang dapat dilakukan”
Mohamad Rizal Kira-kira jam 6 petang, air banjir mula memasuki rumah sehingga mencecah paras lutut. Banjir yang berlaku amat pantas dan tidak ada apa yang dapat dilakukan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia