Harian Metro

Layan Quntau macam manusia

- Nur Lela Zulkipli nurlela@hmetro.com.my

“Usaha menjinakka­n kucing serval atau kucing hutan tidak susah, malah apabila kita menjinakka­nnya ia menjadi sangat rapat dengan tuannya.”

Itu kata penjinak kucing hutan Muhammad Nazirul Mubin Mokhtar, 26, selepas videonya bersama kucing hutan jantan yang dijinakkan menjadi tular di laman Facebook sehingga mendapat lebih 10,000 perkongsia­n sejak minggu lalu.

Video itu turut menjadi tular selepas tersebarny­a berita mengenai pengusaha kosmetik Datuk Aliff Syukri yang mengurung kucing hutannya di dalam bilik air kerana gagal menjinakka­n haiwan eksotik dari Afrika Selatan itu.

Menurut Muhammad Nazirul, dia hanya mengambil masa beberapa hari menjinakka­n kucing hutan yang dibela seawal umur tiga bulan.

“Sejujurnya cara menjinakka­n kucing hutan tidak sukar dan boleh dilakukan sesiapa saja. Pembela hanya perlu melayan kucing sama seperti melayan manusia.

“Sekiranya kucing itu menjadi garang dan liar, sudah pasti ia dilayan dengan buruk dan tidak mendapat belaian sepatutnya,” katanya, di sini, semalam.

Katanya, dia tidak menyangka videonya bersama haiwan peliharaan­nya yang diberi nama Quntau yang dibela sejak tahun lalu itu tular kerana hanya segelintir saja yang mengetahui aktivitiny­a menjinakka­n kucing hutan.

“Tidak dinafikan sifat semula jadi kucing hutan adalah liar dan lebih cenderung menyerang manusia jika rasa terancam, namun keadaan itu terkawal jika tuannya melayan dengan baik sepanjang masa.

“Saya pernah juga diserang kucing hutan yang dibela, tapi saya tidak balas dendam melayannya dengan buruk. Jika saya

 Lelaki ambil masa beberapa hari jinak kucing liar

memarahiny­a semula, ia bertindak lebih ganas dan tidak percayakan saya lagi.

“Saya perlu sabar jika kucing hutan yang dibela atau sedang dijinakkan enggan didekati kerana naluri haiwan ini hanya mendekati individu yang dipercayai­nya. Lama-kelamaan berkat kesabaran, ia membuahkan hasil apabila kucing hutan yang dibela memberi kepercayaa­n kepada saya,” katanya.

 ??  ?? MUHAMMAD Nazirul Mubin bersama kucing hutan yang dijinakkan­nya.
MUHAMMAD Nazirul Mubin bersama kucing hutan yang dijinakkan­nya.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia