Harian Metro

JPJ pasang tujuh lagi kamera AES

-

Kuala Lumpur: Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) bertindak memasang tujuh lagi kamera Sistem Penguatkua­saan Automatik (AES) sebagai tambahan kepada 14 kamera AES sedia ada.

Dalam kenyataan JPJ semalam, pemasangan kamera AES itu akan dilakukan di lokasi dikenal pasti sering berlaku kemalangan maut sebelum ini.

Pemasangan itu dipercayai dilakukan JPJ dengan kerjasama Jabatan Keselamata­n Jalan Raya (JKJR), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (MIROS) selepas meneliti beberapa lokasi kerap berlaku kemalangan.

Sebelum ini, sebanyak 14 kamera AES dipasang di seluruh Semenanjun­g Malaysia.

“Penambahan 14 kamera ini diyakini mampu mengurangk­an jumlah kemalangan di negara ini,” jelas kenyataan itu.

Antara 14 lokasi dipasang kamera AES sebelum ini adalah Kilometer (KM) 7 Jalan Maharajale­la, Teluk Intan, KM 376 Lebuhraya PLUS Slim River, KM 91 Jalan Ipoh - Butterwort­h di Kerian, KM 85.5 Jalan IpohKuala Lumpur di Tapah, KM 205.6 Lebuhraya PLUS Taiping Utara, KM 26 Jalan Ipoh- Kuala Kangsar di Sungai Siput, Jalan Pasir Putih, Ipoh, KM 7.7 Sungai Besi, Jalan Persiaran Timur Putrajaya, KM 301.9 Kajang, Jalan Lebuh Sentosa, Putrajaya, KM 6.6 Jalan Kajang/ Puchong, Jalan Klang Lama dan Jalan Ipoh.

Tujuh lokasi yang baru dipasang kamera AES pula adalah di KM 151.4 Lebuhraya Plus - Pagoh, KM 299.9 Lebuhraya Plus-Kampar, KM 17 Jalan Gua Musang - Kuala Krai, KM 96.3 Lebuhraya Plus -Kuala Muda, KM 256.1 Lebuhraya Pantai Timur 2 berhampira­n Chenih, KM 288.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 berhampira­n Chukai dan KM 146.8 Lebuhraya Plus Pagoh.

Selain itu, empat lampu isyarat yang dipasang kamera AES adalah di KM 26 Jalan Ipoh - Kuala Kangsar (persimpang­an Kampung Kerdah), Jalan Pasir Putih - Ipoh (persimpang­an Jalan Temenggung), Jalan Ipoh, Kuala Lumpur (persimpang­an Jalan Perhentian, Sentul) dan Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur (persimpang­an Jalan Sepadu).

 ??  ?? KERJA pemasangan kamera AES
yang dilakukan pihak JPJ di Lebuhraya Pantai Timur 2.
KERJA pemasangan kamera AES yang dilakukan pihak JPJ di Lebuhraya Pantai Timur 2.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia