Harian Metro

SAJIAN SEDAP BERBALOI

 Nasi dagang, kerabu dengan gulai ayam kampung, daging bakar dijual serendah RM4.50

- Garret Datum garret@hmetro.com.my

Hidangan nasi kerabu dan nasi dagang lengkap dengan lauk istimewa seperti gulai ayam kampung dan daging bakar menjadi tarikan di Bazar Ramadan Kampung Sungai Penchala, di sini.

Keistimewa­an juadah berkenaan yang disajikan oleh penjualnya Norbayzura Mhd Sani, 35, yang dijual dengan harga RM4.50 sehingga RM6.50 setiap satu.

“Saya sediakan pelbagai set untuk dipilih pengunjung seperti gulai ayam, ayam kampung, itik, ikan tongkol dan daging bakar.

“Persiapan dilakukan seawal jam 9 pagi sebelum berniaga di bazar Ramadan,” katanya ketika ditemui di gerainya.

Bercerita berkenaan keenakan resipi dalam juadah yang disediakan, Norbayzura berkata, ia dipelajari daripada arwah ibu mentuanya.

“Saya bukan orang pantai timur, tetapi suami berasal dari Kelantan dan arwah ibunya banyak mengajar saya berkenaan resipi nasi dagang dan nasi kerabu.

“Bagi menyedapka­n masakan, rempah khas juga didatangka­n dari Kelantan dan daging bakar yang dibuat perlu diperap semalaman.

“Malah, ikan tongkol yang digunakan juga adalah ikan tongkol hitam (tuna) kerana kelembutan dagingnya,” katanya yang sudah berniaga selama tujuh tahun bersama suami Mohd Zahadi Mushtapa, 36.

“Bantuan dan latihan yang diberikan Coca-Cola KU memberikan idea kepada saya untuk lebih berdaya saing serta kreatif melalui jualan makanan berkualiti, penetapan harga dan pembungkus­an menarik, sekali gus meningkatk­an nilai jualan.” - Norbayzura

 ??  ?? NORBAYZURA membungkus makanan dipesan pelanggan. NORBAYZURA belajar resipi masakan pantai timur dengan ibu
mentuanya.
NORBAYZURA membungkus makanan dipesan pelanggan. NORBAYZURA belajar resipi masakan pantai timur dengan ibu mentuanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia