Harian Metro

Kasih terlerai sekelip mata angkara nyamuk

-

Bayan Lepas: “Keadaan arwah tiba-tiba berubah apabila badan mula menggigil dan sesak nafas sebelum menghembus­kan nafas terakhir,” kata seorang lelaki selepas isterinya disahkan meninggal dunia akibat demam denggi 6 Jun lalu.

Kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) negeri Zawahir Abd Rahim, 28, berkata, dia tidak menyangka kehilangan insan tersayang yang dinikahi sejak tiga tahun lalu sekelip mata.

Menurutnya, peristiwa menyedihka­n itu bermula 4 Jun lalu kira-kira jam 9 malam apabila arwah isteri, Rafiqah Abd Rashid, 31, demam sebelum dihantar ke Hospital Pantai Mutiara, Bayan Baru untuk pemeriksaa­n dan rawatan.

Katanya, selepas dua jam dirawat keadaan arwah normal dan sempat berbual sebelum mengadu sesak nafas dan pada jam 5 pagi keadaannya mula berubah apabila menggigil seluruh badan.

“Pemeriksaa­n lanjut mendapati keadaannya kritikal dan terpaksa menjalani rawatan rapi. Selepas lebih enam jam menerima rawatan dia akhirnya disahkan meninggal dunia pada jam 9 pagi.

“Saya kehilangan isteri tercinta sekelip mata hanya kerana denggi dan kadar suhu demamnya ketika itu sekitar 37.5 darjah Celsius saja. Tidak sangka sama sekali ia berakhir begini, namun saya pasrah dan reda ketentuan Allah SWT di atas pemergian arwah isteri,” katanya.

Dia berkata demikian ketika menerima kunjungan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Pangsapuri TNB Sungai Ara, di sini semalam.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankua­sa Hal Ehwal Agama Islam, Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Abdul arwah isteri,” katanya.

Sementara itu, Dr Afif berkata, bagi tempoh 11 hingga 17 Jun lalu, situasi semasa kes denggi seluruh negeri menunjukka­n peningkata­n iaitu 37 kes yang dilaporkan.

Beliau berkata, bermula Januari hingga 17 Jun, 1,110 kes denggi dilaporkan berbanding 1,828 kes tahun lalu membabitka­n enam kematian sehingga kelmarin, berbanding 10 kematian tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia