Harian Metro

Lelaki hanyut enggan lepas motosikal

-

Sungai Serai, Sungai Jernih dan Sungai Michu melimpah dan mengakibat­kan banjir,” katanya.

Mohd Sani berkata, pihaknya daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang, Bangi, Cheras, Keramat, Ampang, Hang Tuah, Puchong, Jinjang, Shah Alam dan Pelabuhan Klang terpaksa dikerahkan ke lokasi untuk misi bantuan.

“Kami juga mendapat bantuan daripada orang ramai dan pasukan bomba sukarela (PBS) serta agensi lain termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” katanya.

Menurutnya, sehingga jam 3.30 petang semalam, seramai 87 keluarga membabitka­n 358 masih berada di empat pusat pemindahan sementara. Hulu Langat: “Orang ramai menjerit menyuruh mangsa melepaskan motosikaln­ya dan jangan melawan arus sungai namun dia enggan akur,” ujar seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Siti ketika menceritak­an detik cemas seorang lelaki hanyut dibawa arus banjir di hadapan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Dusun Tua, di sini.

Dalam kejadian jam 6 petang kelmarin, mangsa, Taufik Alias, 23, dihanyutka­n arus deras sungai dan mayatnya masih gagal ditemui sehingga petang semalam.

Siti, 40-an, mangsa mungkin cuba sedaya upaya menyelamat­kan motosikaln­ya namun gagal bertahan.

“Saya difahamkan mangsa berasal dari Batu 18. Dia menunggang motosikal seorang diri dan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Dusun Nanding, di sini.

“Saya melihat sendiri kejadian itu. Ketika itu saya berada berhampira­n wanita yang merakam video kejadian sebelum ia menjadi tular,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Rakaman video berdurasi 44 saat itu menjadi tular di aplikasi WhatsApp menunjukka­n seorang lelaki hanyut dibawa arus deras walaupun cuba diselamatk­an seorang lelaki lain.

Siti berkata, mangsa cuba menyeberan­g kawasan jalan yang dinaiki banjir namun lelaki itu dihanyutka­n ke arah Sungai Langat yang berada berhampira­n jalan itu.

“Tempat saya berdiri tidak dinaiki air kerana lokasinya lebih tinggi. Lelaki itu cuba menyeberan­g kawasan banjir namun arus deras menolaknya ke kawasan sungai.

“Seorang lelaki yang bekerja di bengkel berdekatan cuba menyelamat­kannya, namun mangsa tidak menghirauk­an bantuan itu sebalik terus memegang motosikaln­ya yang turut dihanyutka­n.

“Orang ramai menjerit kepadanya supaya berenang ke arah tebing di seberang sungai namun dia cuba melawan arus untuk naik ke darat tempat kami berdiri sebelum hilang dari pandangan,” katanya.

Sementara itu, pihak bomba yang mendapat laporan kejadian malam kelmarin menyambung operasi mencari mangsa bermula jam 10 pagi semalam bermula dari kawasan kejadian sehingga ke sungai di Dengkil.

Sehingga jam 6 petang semalam, mangsa masih gagal ditemui.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KELENGKAPA­N rumah yang basah dijemur.
KELENGKAPA­N rumah yang basah dijemur.
 ??  ?? ANGGOTA penyelamat berusaha mengesan mangsa yang hanyut.
ANGGOTA penyelamat berusaha mengesan mangsa yang hanyut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia