Harian Metro

Diragut ketika nyala lilin kek

-

Port Dickson: “Sebelum kejadian, saya baru menyalakan lilin untuk memotong kek hari lahir tunang. Tidak semena-mena dua lelaki meragut beg tangan sebelum membelasah bakal suami,” kata peniaga, Rosnaliza Rozli, 31, yang kerugian lebih RM2,500 akibat diragut dua lelaki di Taman Cahaya Negeri, di sini, semalam.

Rosnaliza berkata, pada kejadian 12.30 tengah malam, dia bertandang ke kawasan rekreasi itu bagi meraikan hari lahir tunangnya, Habib Ishak, 23, dengan membawa kek.

Peniaga bazar Ramadan Taman Politeknik itu berkata, ketika berada di pentas utama dua lelaki bermotosik­al datang ke arah mereka dan bertanya laluan jalan.

“Seorang daripada lelaki itu kemudian meragut beg tangan saya mengandung­i telefon bimbit serta pelbagai dokumen. Nasib malang menimpa tunang apabila seorang lagi suspek mengeluark­an besi dan melibas ke arah kepalanya,” katanya.

Menurut Rosnaliza, tunangnya yang juga pengawal keselamata­n berdarah di kepala dan suspek melarikan diri menunggang motosikal Honda EX5.

Katanya, akibat insiden berkenaan, dia kerugian RM2,500 termasuk wang tunai RM1,500.

“Sebaik kejadian berlaku, saya menjerit meminta tolong namun lelaki terbabit menghilang­kan diri. Saya membawa tunang mendapatka­n rawatan di Hospital Port Dickson dan membuat laporan di Balai Polis Port Dickson,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superinten­dan Adzli Abu Shah ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Katanya, keadaan di lokasi yang terang berikutan ada lampu limpah namun kamera litar tertutup (CCTV) tidak berfungsi.

 ??  ?? ROSNALIZA menunjukka­n telinga (gambar kecil) Habib yang cedera dalam kejadian samun di Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson.
ROSNALIZA menunjukka­n telinga (gambar kecil) Habib yang cedera dalam kejadian samun di Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia