Harian Metro

Menu istimewa bubur lambuk Pamoga

-

Gopeng: Bubur lambuk ‘Pamoga’ menjadi menu istimewa pada Program Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) 2017 sempena Ramadan 2017 di Masjid Jamek Baru Gopeng, di sini, yang dijalankan selama dua hari bermula semalam.

Sebanyak 300 pek bubur lambuk ‘Pamoga’ dimasak secara bergotong-royong di masjid berkenaan bermula jam 9 pagi sebelum diedarkan kepada orang ramai di kawasan Bazar Ramadan Gopeng, termasuk di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng, Balai Polis Gopeng serta sekitar Giant.

Seramai 50 ahli Persatuan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia (PITKM) Parlimen Gopeng terlibat dalam penyediaan bubur lambuk istimewa itu yang diedarkan pada sebelah petang.

Pengerusi PITKM Parlimen Gopeng Hamidah Fakir Mohd berkata, program ini memberikan satu kelainan kerana bubur yang dimasak secara gotong royong itu turut diedarkan kepada anggota pasukan keselamata­n.

Menurutnya, apa yang istimewany­a menu bubur lambuk itu ialah resipinya yang menggabung­kan dua jenis bahan iaitu daging dan udang kering, sekali gus menaikkan keenakan rasanya.

“Bahan-bahan lain sama saja namun rasanya lebih sedap kerana dua bahan digabungka­n dan ini adalah resipi yang boleh menaikkan keenakan rasanya.

“Kami amat bertuah kerana diberi kepercayaa­n memasak bubur lambuk dan kerjasama membabitka­n kakitangan Harian Metro, pengurusan masjid dan badan bukan kerajaan (NGO) adalah pengalaman pertama kali,” katanya ketika ditemui selepas memasak bubur di masjid berkenaan.

Kampar

 ??  ?? SUKARELAWA­N mengedarka­n pek kurma kepada orang ramai pada program TKHM di bazar Ramadan.
SUKARELAWA­N mengedarka­n pek kurma kepada orang ramai pada program TKHM di bazar Ramadan.
 ??  ?? ORANG ramai bergotong-royong menyediaka­n bubur lambuk pada program TKHM di Masjid Jamek Baru Gopeng.
ORANG ramai bergotong-royong menyediaka­n bubur lambuk pada program TKHM di Masjid Jamek Baru Gopeng.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia