Harian Metro

Rezeki anak yatim PJAYW

-

Seremban: “Terima kasih kerana memilih Pusat Jagaan Anak Yatim Walidaina (PJAYW). Walaupun baru setahun beroperasi, ini rezeki buat penghuniny­a,” kata Pengerusi PJAYW Mohd Zatullah Kamarudin ketika ditemui pada program #HMKotakRez­eki2017 di pusat kebajikan itu di Taman Satria, Senawang, di sini.

Katanya, dia tidak menyangka menerima sumbangan Kotak Rezeki besar selain wang zakat RM3,500.

“Pusat ini masih banyak kekurangan kerana baru beberapa bulan beroperasi namun kami bersyukur kerana sentiasa mendapat perhatian pihak yang prihatin.

“Pemberian ini secara tidak langsung dapat meringanka­n beban dan memberi keceriaan buat 11 penghuni berusia tujuh tahun hingga 15 tahun,” katanya.

Sumbangan disampaika­n Eksekutif Operasi Affin Islamic Bank Cawangan Senawang Riduan Md Yusof kepada warden PJAYW Mohd Hanafiyah Mohd Rosdi.

Program #HMKotakRez­eki2017 dijayakan dengan kerjasama Affin Bank dan Affin Islamic Bank selaku penaja utama.

Penaja lain termasuk pasar raya Giant, Watsons Malaysia, Yayasan Kesejahter­aan Bandar, Richwell, Lifebuoy, Massimo by The Italian Baker Sdn Bhd, Perfect Food Manufactur­ing (M) Sdn Bhd dan Quaker manakala Poslaju sebagai rakan kurier rasmi.

Menceritak­an kisah pertubuhan PJAYW, Mohd Zatullah berkata, ia tercetus selepas dia mendapati ramai anak yatim tidak dapat memasuki pusat jagaan seumpama itu.

“Saya berusaha membantu mereka sebelum mampu membuka pusat jagaan sendiri,” katanya yang juga pemegang Diploma Syariah dan Undang-Undang daripada Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS).

 ??  ?? RIDUAN (enam dari kiri) menyampaik­an wang zakat kepada Mohd Hanafiyah pada program #HM Kotak Rezeki 2017 di Taman Satria, Senawang.
RIDUAN (enam dari kiri) menyampaik­an wang zakat kepada Mohd Hanafiyah pada program #HM Kotak Rezeki 2017 di Taman Satria, Senawang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia