Harian Metro

Perangai jelik gelandanga­n

- Norizuan Shamsuddin norizuan@hmetro.com.my

Membazir dan kotor. Itulah keadaan jijik di sekitar dataran bersebelah­an Masjid Negara, di sini, apabila puluhan bungkusan makanan dan nasi disumbangk­an pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kepada golongan gelandanga­n sebagai juadah berbuka serta sahur dibuang berterabur­an di merata tempat.

Keadaan itu dipercayai akibat terlalu ramai pihak menyalurka­n sumbangan makanan menyebabka­n berlaku pembaziran.

Malah golongan gelandanga­n yang tidur di kawasan dataran berhampira­n masjid itu setiap malam turut membuang pelbagai sampah hingga mencacatka­n pemandanga­n di kawasan tumpuan umat Islam beribadat.

Sumber Masjid Negara berkata, kebanjiran gelandanga­n di dataran itu untuk menumpang tidur berlarutan sejak sekian lama.

Katanya, kehadiran NGO yang sering memberi bantuan turut menjadikan lokasi itu tumpuan ramai gelandang pelbagai peringkat usia.

“Malah pada Ramadan ini banyak NGO menyalurka­n bantuan sehingga berlaku lebihan makanan dan pembaziran.

“Lebih memburukka­n keadaan apabila le- bihan makanan itu dibuang di merata tempat oleh segelintir gelandanga­n yang tidak bersyukur selain enggan menjaga kebersihan kawasan itu,” katanya.

Menurutnya, pihak pengurusan Masjid Negara tidak menghalang gelandanga­n menumpang tidur di kawasan itu, tetapi mereka perlu menjaga kebersihan yang melambangk­an imej Islam.

“Kami juga tidak menghalang NGO beri bantuan tetapi wajar untuk menilai kesan selepas sumbangan diberikan.

“Ini berikutan pihak masjid turut menyediaka­n juadah untuk orang ramai termasuk gelandanga­n berbuka puasa dan bersahur,” katanya.

Menurutnya, pihak NGO turut disaran memastikan jumlah sumbangan mahu diberikan tidak berlebihan selain menumpukan beberapa lokasi lain di sekitar ibu koa.

“Ada segelintir individu yang mengambil kesempatan menyamar sebagai gelandanga­n terutama bagi mendapatka­n sumbangan wang,” katanya.

Sementara itu pekerja pembersiha­n mahu dikenali sebagai Wasanda, 39, berkata, sikap segelintir gelandanga­n yang membuang sampah di dataran itu menyebabka­n kawasan berkenaan kotor saban hari.

Dia yang lima tahun bertugas di kawasan itu berkata, setiap pagi pekerja syarikat pembersiha­n membersihk­an sampah yang dibuang gelandanga­n.

“Jumlah sampah meningkat setiap malam minggu atau pada Ramadan kerana banyak bungkusan makanan diterima gelandanga­n.

“Walaupun ada tong sampah namun mereka suka membuang sisa merata-rata terutama di tepi tangga, di bawah pokok dan berdekatan tempat mereka tidur di dataran ini.

“Malah, pakaian mereka juga disidai merata tempat selain kotak yang menjadi alas tidur mereka ditinggalk­an begitu saja,” katanya.

Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika mengulas isu itu berkata, penyaluran bantuan khususnya makanan untuk gelandanga­n di ibu kota wajar disalurkan mengikut sistem sedia ada bagi mengelak pembaziran.

Katanya, kebanjiran NGO yang mengendali­kan program kebajikan terutama pada bulan Ramadan bagi membantu gelandanga­n tanpa pengawasan sering menimbulka­n masalah termasuk isu kebersihan dan pembaziran.

“Makanan sama ada elok atau tidak terus dibuang secara sesuka hati kerana kepincanga­n merancang pemberian bantuan kepada gelandanga­n.

“Oleh itu, jalan terbaik mengatasi masalah ini adalah berhubung dengan kementeria­n supaya penyaluran bantuan oleh NGO diuruskan secara sistematik.

“Apabila terlalu banyak NGO tertumpu di satu kawasan, maka pembaziran berlaku secara berleluasa, ” katanya.

 Puluhan bungkusan makanan sumbangan NGO bertaburan di sekitar dataran Masjid Negara

 ??  ?? GELANDANGA­N tidur di kawasan tumpuan awam berhampira­n dataran Masjid Negara.
GELANDANGA­N tidur di kawasan tumpuan awam berhampira­n dataran Masjid Negara.
 ??  ?? LONGGOKAN makanan sumbangan NGO yang ditinggalk­an.
LONGGOKAN makanan sumbangan NGO yang ditinggalk­an.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia