Harian Metro

Penjual mercun tak gerun hukuman

-

Kluang: Tinjauan di beberapa bazar Ramadan sekitar daerah ini mendapati mercun dan bunga api dijual ibarat pisang goreng panas walaupun pelbagai tindakan penguatkua­saan dilakukan sejak bazar mula beroperasi.

Ada sekurang-kurangnya lima gerai menjual mercun dan bunga api secara terbuka seolah-olah tidak takut dengan tindakan undang-undang.

Pengunjung bazar, Ahmad Othman, 47, melahirkan rasa kesal dengan keadaan itu berikutan kes membabitka­n kecederaan serta kematian akibat bermain mercun terus berlaku saban tahun.

“Daripada pemerhatia­n, mereka seolah-olah dilindungi pihak tertentu yang memaklumka­n kehadiran pihak berkuasa.

“Peniaga ini segera menyimpan semua bahan terlarang itu dan hanya mempamerka­n mercun Pop-Pop dan Happy Boom yang diluluskan penjualan,” katanya.

Menurutnya, aktiviti penjualan mercun dan bunga api lebih rancak menjelang dua hingga tiga malam terakhir Ramadan.

Ahmad berkata, semua jenis mercun pelbagai saiz dilonggokk­an di atas meja jualan dengan harga mencecah puluhan ringgit setiap satu.

“Saya harap tindakan lebih tegas dilakukan bagi mengekang aktiviti tidak bertanggun­gjawab ini,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Muhamad Laham melahirkan rasa kesal walaupun beberapa siri serbu- an dilakukan.

“Hakikatnya, mereka cuma dibenarkan menjual mercun Pop-Pop dan Happy Boom seperti diluluskan dalam permit namun menyalahgu­nakan dengan menjual mercun lain yang tidak dibenarkan.

“Sehingga hari ini (semalam), dua tangkapan dilakukan dengan hasil rampasan mercun bernilai lebih RM10,000 mengikut harga pasaran. Penguatkua­saan dilakukan sehingga malam terakhir Ramadan,” katanya.

 ??  ?? SEBAHAGIAN mercun dan bunga api yang dijual di Bazar Ramadan Bandar Kluang.
SEBAHAGIAN mercun dan bunga api yang dijual di Bazar Ramadan Bandar Kluang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia